Rabu, 15 April 2009

Kerajaan Pulau Pinang Anjur Dailog Sempena Hari Bumi Sedunia -malaysiakini

Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan dialog antara Badan Bukan Kerajaan (NGO), pembuat beg plastik dan orang ramai semperna Sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut serentak pada 22 April ini dengan tajuk 'Beg Plastik Memudahkan atau Memudaratkan' pada 19 April bertempat di Dewan Bosch, Komplek Masyarkat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi MMK Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh semalam.

Menurutnya, penceramah undangan yang akan memperkatakan topik berkenaan ialah Presiden Of Malaysia Plastic Manufactures Association (MPMA), Lim Kok Boon, Penyelaras Kampus Sejahtera Univesiti Sains Pulau Pinang (USM), Prof Madya Lee Lik Meng dan Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Puan Hatijah Hashim.

Selaras dengan visi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai sebuah Bandaraya Antarabangsa yang menjadi tempat pilihan pelabur dan destinasi pelancongan serta tempat kediaman yang inginkan kehidupan lestari penggunaan beg plastik walaupun nampak remeh tetapi mempunyai hubung kait yang tinggi bagi mencapai matlamat agenda hijau.

Selain itu tujuan utama dialog berkenaan adalah untuk memberikan orang ramai mengemukan pandangan mengenai polisi jangka panjang penggunaan plastik bagi mencegah kemerosotan alam sekitar pada masa depan.

Pembuangan beg plastik sebenarnya menimbulkan masalah pada bumi ini kerana pereputannya mengambil masa 1,000 tahun. Akibat kealpaan masyarakat dunia boleh menyebabkan keruncingan alam sekitar tambahan lagi ketiadaan kecekapan serta kemahiran yang tinggi terhadap program kitar semula.

"Semua masyarakat yang cintakan Bumi Hijau wajar datang menjayakan program itu kerana di samping mendengar pandangan daripada penceramah khas peserta juga akan diberikan cenderahati dan melihat sendiri pameran kecil yang disediakan oleh pihak penceramah," katanya.

Program yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri itu ditaja oleh beberapa syarikat seperti TESCO, MPMA, GAMA, PACIFIC, SUNSHINE, GAINT, JUSCO, D Playgraound Event, Tzu Shi dan lain-lain.

Menurut Phee Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu, sesiapa juga boleh mengemukakan pandangan kepada kerajaan menerusi e-mail thingsiewshuen@penang.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau mengubungi Cik Thing ditalian 04-6505112.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...