Isnin, 6 April 2009

N25 Bukit Selambau : BN mengganas lagi untuk menghalang demokrasi-malaysiakini

SIDANG MEDIA UNTUK EDARAN SEMUA

BUKIT SELAMBAU- Isnin 6 April. Tengahari semalam, sekumpulan petugas dari Biro Kemasyarakatan PKR Pusat yang di pimpin oleh YB Gobalakrishnan telah pergi kekawasan Taman Bandar Baru untuk program merayu undi dari rumah ke rumah. Untuk melincinkan tugas kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Sejurus selepas memulakan tugas, saya dan 2 teman lain terlihat dua helai banner yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ketua Umum Parti kami, yang di gantung berhampiran dengan sebuah bilik gerakan BN.
 
Tiada logo mana-mana parti pada banner tersebut, oleh itu kami telah pergi untuk menanggalkannya. Baru sempat kami menanggalkan banner yang pertama, kami telah didatangi oleh sekumpulan lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan bilik gerakan BN dan boleh dikatakan hampir semua memakai baju yang tertera logo BN.
 
Mereka telah memaki-hamun kami dengan kata-kata yang kesat dan melarang kami untuk menurunkan baner-baner tersebut.Apabila kami mengatakan yang banner-baner tersebut telah melanggar peraturan pilihanraya, mereka telah menyatakan yang banner itu telah di pasang oleh pihak UMNO dan bukan dari mereka ( MIC ).
 
Kami kemudiannya telah cuba untuk bergerak untuk memasuki kawasan perumahan untuk merayu undi, tetapi telah dilarang secara keras dan ganas oleh kumpulan itu yang menyatakan, 'kamu tidak boleh masuk sini , ini kawasan kami.' Mereka juga telah mengugut untuk mengetuk kepala kami dengan parang jika kami cuba masuk juga kedalam kawasan tersebut.
 
Oleh kerana takut keselamatan kami dalam bahaya, kami terus ke Pondok Polis yang berhampiran untuk membuat laporan. Ketika kami sedang membuat laporan tersebut, kumpulan yang sama yang kini sudah berjumlah diantara 25 ke 30 orang telah datang dan membantah kami membuat laporan tersebut.
 
Dalam masa yang sama YB Gobalakrishnan dan teman-teman yang lain telah sampai di Pondok Polit tersebut dan keadaan menjadi tegang dan kecoh, pihak Polis pula tidak dapat untuk mengawal keadaan, Oleh itu kami kami mengambil keputusan untuk beredar dari Pondok Polis tersebut dengan secapat mingkin.
 
Saya telah diminta untuk pergi ke Balai Polis Bedong papa hari itu juga untuk menbuat laporan. Alhamdulillah pihak Polis di situ telah melayan saya secara sopan, tetapi saya agak terkilan apa bila mereka mengambil gambar baner tersebut di dalam bonet kereta saya dengan secara jelas menampakan no pendaftaraan kereta saya, umpama saya yang bersalah.
 
Selepas itu Pihak Polis telah menyuruh saya pergi semula ke kawasan tersebut dengan wakil SPR, kerana mereka sahaja yang boleh menanggalkan baner yang kedua itu. Bagi saya ini tidak betul kerana tanpa logo mana-mana parti, banner tersebut tidak termasuk dalam kategori bahan-bahan kempen rasmi pilihanraya.
 
Kami disini merasa amat kesal kerana pihak kerajaan serta agensi-agensi yang telah diamanahkan untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan teratur, adil, dan selamat telah gagal berbuat demikian. Kami jega amat kesal kerana parti-parti dari kompenen BN terus menggtunakan khidmat samseng sebagai sebahagian daripada jentera pilihanraya mereka.
 
Dengan ini, sistem demokrasi di negarqa ini bukan sahaja gagal dipertingkatkan, tetapi sebaliknya semakin terhakis.......
 
 
ANIMAH FERRAR
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi /
Timbalan Ketua Biro Kemasyarakatan
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
 
 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...