Itulah UMNO tidak pernah terlintas untuk memuhasabahkan diri.Bila bercakap sentiasa bernada sombong dan bongkak.Mendakwa mereka sajalah yang terbaik,walhal semua itu hanyalah omongan kosong semata.Mengaburi mata rakyat dengan menyalahgunakan segala macam kelebihan dan kemudahan yang ada.
Bila bercakap soal bangsa kononnya mereka pejuang tulin yang membawa arus perubahan di negara ini.Namun di sebaliknya UMNO lah yang telah banyak menghancurkan tamadun bangsa.
Menghakis hak-hak bangsa Melayu terutamanya,terhapusnya tulisan jawi,tergadainya sebahagian tanah-tanah negara ke tangan negara lain dan kini bertangunggjawab menghilangkan Bahasa Melayu melalui pelaksanaan PPSMI.
UMNO bercakap soal agama kononnya mereka ini berjuang untuk memartabatkan syiar Islam namun rakyat sendiri dapat menilai dan melihat apa yang pemimpin UMNO buat.Cakapnya memang tidak pernah serupa bikin,rasuah,khianat,seleweng dan penyakit-penyakit yang seumpama dengannya sentiasa saja menjalar di dalam pertubuhan ini.
Pengakuan Ustaz Syahrin Jamaludin seperti berikut seharusnya dipandang jujur oleh UMNO khususnya.
Ulas Ust Syahrin :" Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.
Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.
Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC baru-baru ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.
"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.
"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.
"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.
"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.
Imej agama
"Mereka ini dipandang lebih tinggi berbanding dengan tokoh-tokoh agama dalam umno," tambahnya.
Sehubungan itu, Syahrin menyarankan supaya Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan imej agama dalam Umno.
Untuk tujuan itu, katanya, media massa perlu memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.
"Program dalam saluran-saluran di televisyen tidak mencerminkan perjuangan agama yang hendak kita bawa.
"(Manakala) program-program ilmu yang berteraska agama adalah banyak dan mendapat pengikut yang ramai.
Panel syariah
"Tetapi rancangan itu disiarkan pada waktu yang tidak sesuai...tengah malam, (masa) orang tengah mengantuk," tambahnya.
Menurut Syahrin, ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tajaan untuk menayangnya pada waktu perdana.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Haji menaja program berkenaan untuk ditayangkan pada waktu perdana.
Beliau juga menyarankan supaya ditubuhka panel syariah di stesen televisyen swasta kerana kebelakangan ini "banyak cerita-cerita Indon yang pelik-pelik disiarkan".
Selain itu, katanya, penubuhan panel itu juga menjadi pelaburan dalam usaha untuk memulihkan semula imej Umno dan untuk pembangunan modal insan Islam."
Persoalannya BOLEHKAH UMNO BERUBAH..?
Hanya kuasa rakyat yang bisa mengajar kesombongan UMNO selama ini.
Selamat mengundi bagi penduduk di Parlimen Bukit Gantang , DUN Bukit Selambau dan Batang Ai..Pastikan pilihan anda tepat,tolak calon Barisan Nasional. UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT.PAS atau PKR .
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
1 ulasan:
Aku tak fikir umno bolih berubah. Sebab perubahan mesti datang dari pemimpin. Pemimpin mesti mempunyai keperibadian dan akhlak muslim. Bolih ke Najib dan lain2 dalam kabinet menukar cara hidup mereka? Kalau dilihat keadaan sekarang tak mungkin. SO, jangan bermimpilah Ustaz Syahrin. Lebih baik join PAS, jelas dan nyata pemimpin mereka bersifat tawadduk. Dah ada parti Islam kenapa nak join parti entah apa. balik-balik ketuanan melayu..balik-balik derhaka..last-last semua orang tahu merekalah bapak segala derhaka...bila orang cina baca ayat Al-Quran, dipolitikkan bagi menakutkan mereka. Bodoh betul!!
Catat Ulasan