Khamis, 16 April 2009

Terkini!!! PRK lagi...... Mantan TKM 1 P.Pinang letak jawatan sebagai adun penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.

Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

Beliau pernah bertanding di DUN seberang Jaya dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas kepada Datuk Arif Shah dari BN.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NI LA YANG AKU TAK BERKENAN SUNGGUH. PASAI APA NAK LETAK JAWATAN. TAK BOLEH KA LETAK JAWATAN TMB 1 JER. KALAU ADA PROBLEM PUN BUKAN TAK LEH SETEL. SLOW2 LA SETEL. TAK BOLEH JUGAK NGAKU JER LA KAT RAKYAT. CAKAP BETUL2. BUKAN KITA TAK LEH TERIMA. NI BAGI LAK ALASAN NAK BLAJAR. LAIN KALI PIKIR LA DULU SEBELUM NAK BERTANDING. BETUL JUGAK KATA NIK AZIZ. NAK JADI CALON NI PIKIR BETUL2...ISTIKHARAH DULU. KALAU TAK YAKIN DAN AKAN MENYUSAHKAN ORANG TARIK DIRI AWAL2. BILA DAH JADI YB TUH INGAT2 LA SIKIT. JANGAN BUAT PASAL. BILA DAH TERSILAP MULALA CARI ALASAN NAK BELAJAR LA. MACAM LA NAK BELAJAR NI TAK LEH BUAT LANGSUNG KERJA LAIN. PIKIRLA...

al Mualim... berkata...

Salam...

Innalillah...hi waina ilaihirajiuun!

pinang pulang ketampuk,sirih pulang keganggang!

Wa... asal, balik asil....

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

aa..apa lagi..puak puak penanti...hampa mau sedaq la kaleh la lagi p PKR !!

kuari di penanti sudah ditutup operasi ,anak tempatan penanti sudah hilang pekerjaan ..kaleh la lagi !! mau sedaq tolak buang PKR parti rasuah !!

depa makan rasuah di kuari lain ,kuari yg tak bersalah kena.

...kalau x sedaq lagi aku tak tau nak kata apa lagi dah...jgn dok percaya lagi dah kat anwar tu..pemuhong besaq tu...

cu Tok Merah... berkata...

Salam,
Ni nama bukan main sedap..."pejuang bangsa"....mau dok tau sikit!.....pasai pkr anti rasuah la, kami tak biaq!...bukan macam umno..didapati bersalah..rasuah politik wang....bolih sokong bagi menang!...mau dok sedaq...
Dah 50 tahun ...Pulau Pinang????
Mana ada pejuang bangsa....yang berani...berjuang?
Dulu Umno menang banyak kerusi kat Penang...ketua menteri???
Kah kah kah...umno mau sedaq!
Bila orang cuba buat baik...
Pengampu dok cari pasai!
Tak sedaq....cap "AYAM" aja kat Penang ni!

cu Tok Merah... berkata...

Salam,
Ni nama bukan main sedap..."pejuang bangsa"....mau dok tau sikit!.....pasai pkr anti rasuah la, kami tak biaq!...bukan macam umno..didapati bersalah..rasuah politik wang....bolih sokong bagi menang!...mau dok sedaq...
Dah 50 tahun ...Pulau Pinang????
Mana ada pejuang bangsa....yang berani...berjuang?
Dulu Umno menang banyak kerusi kat Penang...ketua menteri???
Kah kah kah...umno mau sedaq!
Bila orang cuba buat baik...
Pengampu dok cari pasai!
Tak sedaq....cap "AYAM" aja kat Penang ni!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...