Jumaat, 17 April 2009

Zahrain nafi konspirasi jatuhkan Fairus-malaysiakini

PKR Pulau Pinang menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sehingga beliau terpaksa berundur semua jawatan, termasuk ADUN Penanti.

Pengerusi perhubungannya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan bekas timbalan satu ketua menteri itu meletakkan jawatan atas keputusan peribadi setelah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

"Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama ini perkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapun nak buat jahat atau nak menjatuhkan dia.

"Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambung belajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untuk menganiayainya.

"Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitu
pada dia," katanya kepada kepada agensi berita itu.

Zahrain berharap semua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormati keputusan pemimpin muda itu.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan dan tindakan Mohammad Fairus itu langsung tidak melibatkan pucuk pimpinan PKR negeri dan yakin tindakan ADUN itu tiada kaitan dengan dakwaan wujud masalah
dalaman parti itu.

Ditanya mengapa Mohammad Fairus seolah-olah membelakangkan pemimpin negeri dan berurusan secara langsung dengan penasihat PKR, beliau berkata:

"Mungkin dia lebih selesa dengan Anwar, saya tidak tahu."

Zahrain diminta mengulas pendedahan Mohammad Fairus kepada sebuah akhbar berbahasa Cina sehari sebelum mengumumkan keputusannya mengosongkan kerusi DUN itu - mendakwa beliau diperangkap oleh orang dalam partinya sendiri.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fairus mahu PKR membela dan membersihkan namanya daripada pelbagai dakwaan yang mengaitkan namanya dengan operasi kuari di negeri ini dan akan mendedahkan "cerita dalaman" berkaitan dengan operasi gabungan pembangkang itu.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak kan zahrin nak dengar luangan undur-undur zahrin undur kot kt penanti mlm ni haha.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Dato ada perubahan,

Tanpa Nama berkata...

fairus tu pun kalau dah letak jawatan sudahlah ,banyak bunyi pulak.nak bersih nama lah apalah,tangkap si sprm baru tau.celaka punya budak.

Keramat tok merah... berkata...

Salam,

Ya!...sudah masanya Dato' jelaskan apa apa kekusutan...jangan biarkan nama terseret sama dalam permainan kotor ini....sendiri buat lepas tu kata ...'konspirasi'....lepas tu,kata nak bongkar rahsia besar lagi!...mana dia ikrar...?

Takada ketahanan diri langsung!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...