Khamis, 14 Mei 2009

1 nak, 1 lagi x nak... korang pikiaq la sendiri-malaysiakini



Perdana Menteri 1 Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak memberitahu media hari ini bahawa Umno@BN tidak takut berhadapan dengan pilihanraya.

Jadi ini berita baik untuk semua khususnya di Perak yang keadaannya semakin bersimpul-simpul. Jika begitu bagai dikata, apa lagi nak ditunggu dan dinanti marilah bersama Umno@BN dan Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan untuk membubarkan Dun Perak. Selama ini Umno@BN yang menjadi batu penghalang, berdolak dalih dan cuba mencari 1001 alasan agar pilihanraya semula tidak diadakan.

Ramai pihak dari pakar undang-undang, ahli politik, penganalisis politik, pakar ekonomi malah pimpinan dari dalam lubuk Umno dan komponen BN sendiri menjurus kepada gesaan agar pilihanraya diadakan semula di Perak. Saya cukup yakin majoriti rakyat Perak inginkan penyelesaian segera krisis politik dengan mengadakan pilihanraya semula.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menolak diadakan pilihanraya semula di Perak kerana ia akan memberi kemenangan kepada Paktan Rakyat. Ohhh...Itu puncanya...Patut le payah sangat nak bubar Dun...Kata habis duit rakyatlah...Buang masalah...rupa-rupanya takut kalah!

Ini semua membuktikan bahawa Umno@Bn tidak mampu berhadapan dengan rakyat melalui pilihanraya yang adil dan telus mengikut lunas demokrasi sebenar. Umno@BN sanggup mendera rakyat Perak dan membiarkan keadaan di Perak berada dalam suasana tidak stabil asalkan pilihanraya semula tidak diadakan.

angkasanuri 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

3 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM...
KHAK PTUIH....
HA HA HA

APA LAG BENGAP KAU NI MACHA???
Umno@BN sanggup mendera rakyat Perak dan membiarkan keadaan di Perak berada dalam suasana tidak stabil asalkan pilihanraya semula tidak diadakan.

APA KAU MEREPEK NI??? BILA MASA BN DERA RAKYAT PERAK??? BN CUKUP JAGA KESTABILAN POLITIK NEGARA NI. BUKAN MACAM PAKATAN PEMBANGKANG NI. DOK NYALAK SANA SINI. KERJA TAK DIBUAT JUGA.

KAU BAGI AKU TANG MANA NIZAR NI MENDAPAPAT SOKONGAN RAKYAT???
KAU JAWAP KASI CLEAR BEB...

MACHA???
KASI PECAH.....

PAPA GOMO berkata...

SALAM..MACHA...
AKU LINKKAN BLOGG KAU DALAM LIST AKU YANG TERHANGAT...

KASI PECAH......

cu tok Merah... berkata...

salam GOMO...

...tak usah kasi "BUBUR"

....tapi kasi "BUBAR"...

Baru tau tang mana...Nizar tu mendapat sokongan rakyat Perak!!!

BN tu takut...tu sebab kasi.."BUBUR"

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...