Rabu, 13 Mei 2009

Kepada Selangor dan Pulau Pinang lihatlah Perak jangan dah terantuk baru nak terngadah !!-malaysiakini

Sebaik sahaja menerima keputusan mahkamah, YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah mengumumkan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar Isnin lalu.

Tegasnya keputusan ini bukan balas dendam tetapi kerana tindak tanduk melampau mereka mencampuri dan mengambil sikap politik boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. (untuk membaca lanjut sila klik sini)

Walaupun agak terlambat sebenarnya tetapi ia merupakan keputusan yang tepat. Sering kedengaran pegawai kerajaan yang bertugas di bawah kerajaan negeri menjalankan tugas sabotaj untuk memburukkan keadaan. Mereka seolah memainkan peranan sebagai agen Umno. Ini bukan tuduhan di Pulau Pinang contohnya jika tidak digempur oleh Amizuddin Ahmat (Ketua Pemuda KEADILAN Kepala Batas), bekas ahli Majlis Seberang Perai mengenai wujudnya Pegawai Daerah dan pegawainya yang main 'kong kali kong' dalam isu royalti kuari dan kelulusannya nescaya perkara ini akan berterusan dan memberikan imej buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Pendedahan Amizuddin yang dikenali sebagai Din Binjai telah menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang mendapat kembali RM6.7 juta pendapatan hasil dari kuari yang 'disalah' kirakan.

Cuma selepas pendedahan tersebut ramai pula yang memandang serong kononya Din Binjai sebagai perosak. Ramai pula 'orang kita' yang membela pegawai - pegawai yang terbabit atas perbagai dasar seperti kawan sekelas dulu dan sebagainya. Dalam pertemuan baru - baru ini Din Binjai dengan tenang mengatakan biar dia hilang jawatan ahli majlis yang tak seberapa asalkan dia puas menentang amalam korupsi yang menjadi perjuangan selama ini.

Ibarat masuk rumah yang telah diduduki oleh pemilik lama. Sikit sebanyak kena buat ubah suai atau paling tidak cuci apa yang patut. Untuk tidak membazir pakai semula yang berguna tak salah tapi buang yang menyusahkan.

Di Selangor masih banyak perkara sama berlaku. Malah pegawai kecil sering merungut mereka ditekan kerana kelihatan cuba menyokong kerajaan yang ada sekarang. Mereka juga pelik siapa yang memerintah sekarang ini...?

Khabarnya dalam pejabat MB sendiri masih ada pegawai kanan (setiausaha) yang menjadi kesayangan Khir Toyo dulu...maka apa peliknya resit atau surat kerajaan terlepas pada Umno....

Tanpa mengenepikan masih ada ramai pegawai yang profesional tetapi yang sulit perlu dipelihara.

Banyak rungutan mengatakan tender PBT masih 'dirayakan' dibahagi - bahagi sesama pro Umno sama seperti dahulu.... yang jujur dan ikhlas masih gagal mendapat ruang. Masih ada Pegawai Tinggi PBT yang pergi bermesyuarat di kawasan pelancongan tajaan syarikat yang mendapat tender letak kereta.

Dalam bab anak syarikat kerajaan negeri.... masih banyak lompong.... masih terlalu ramai pro Umno terlibat... banyak jawatan kosong atau yang perlu dikosongkan dan di isi oleh mereka yang pernah merasa perit berjuang, faham derita rakyat dengan syarat mereka ada kelayakan dan pengalaman.....

Tidak dinafikan perlu ada pertimbangan teliti ....anak syarikat yang membuat keuntungan dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan semasa harus dikekalkan pimpinan syarikat tersebut. KDEB contohnya keuntungan meningkat, menjadi pembayar air percuma kepada rakyat malah menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dalam projek basmi kemiskinan dan penaja utama sukan khususnya bolasepak Selangor, maka pimpinan syarikat harus di puji.

Perlu dilihat syarikat yang korup atau tidak membuat untung sesuatu perlu dilakukan segera. Dalam lantikan juga perlu diteliti sejauh mana yang bakal dilantik faham denyut nadi perjuangan dan kepayahan rakyat. Mereka bukan sahaja tidak boleh korup tetapi mampu serta bersedia menjadi penyumbang kepada usaha memperkasakan rakyat dan perjuangan.

K
epada Selangor dan Pulau Pinang lihatlah Perak jangan dah terantuk baru nak terngadah !!



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

7 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

"Cuma selepas pendedahan tersebut ramai pula yang memandang serong kononya Din Binjai sebagai perosak".

Sobar saja lah Din Binjai.,amalan yang baik di hitung ole Allah biar sebesar zarah.,kalau mengharapkan pujian orang nanti di akhirat Allah kata di dunia dulu engkau dah dapat pujian kan?

Din Binjai-Mengingatkan saya lorong Binjai di hadapan Ampang Park,satu ketika dulu sunyi,hanya terdapat Car Park ,balik kerja,sempat merehatkan minda satelah seharian bergelumang dgn Tugas.

Terlanjur memperkatakan tentang MPSP,Teman ingin mengutarakan beberapa Masaalah yang juga tidak kurang penting nya.

1.Jalan Pantai Bersih(Highway),tempat menghirup udara laut terutama nya di sebelah petang/malam,pemandagan laut cantik.

Yg.mendukacitakan longkang nya penoh sampah sarap,hasil kerje pengunjung yg.menjadikan longkang sebagai tong sampah.

Begitu juga dgn rumput tempat pejalan kaki yang tinggi melebihi satu dua kaki.

2.Kita menghala pula ke Telok Air Tawar.

Ada banguan Kondo,di hadapan Masjid Telok Air Tawar di belakang Sekolah SMK T.A.T yg.terbengkalai bertahun tahun,di sekeliling nya di tumbuhi belukar setinggi papan tanda atau cara mudah bahasa nya setinggi pokok kelapa tua zaman dolu(sayup).

Di sini kepada yang berminat untuk melihat Biawak hidup sila lah berkunjung,ada ratusan biawak berkeliaran.

Jangan lupa bawa rempah nya sekali.

3.Kita menyusur pula Lorong Laksamana ,tempat lepak couple terutama di hujung minggu.

sungguh mengaibkan anak anak Melayu bertudung berbaring,berpelukan di atas penghadang ombak di pantai tanpa menghiraukan apek nonya tua yang berjogging.

Di situ juga terdapat belukar bakau yang menghijau.,kelihatan burung Bangau dan Ayam Ayam membuat sarang,ada beribu ekor.

Kalau Bole tempat ini segera di (Gazette)jadikan kawasan larangan , sebelum pendatang pendatang asing yg.kelaparan menjadikan burung burang itu sebagai lauk makanan mereka,kerana sebelum ini mereka makan ketam batu ikan belacak.

4.Kemudian kita berkunjung pula ke Medan Selera Taman Robina., ada banyak Gerai,cantik berpotensi di majukan lagi.

Tapi pengunjung nya hanya kerusi dan Meja,pelanggan nya satu dua sedangkan Gerai ada tak kurang dari 20 gerai.

Kenapa begitu?,tanya saya kepada tuan punya gerai.

Mcm mana orang nak datang,lampu jalan tak ade,malah papan tanda Medan Selera tidak pernah di dirikan di tepi jalan Besar.,jadi siapa yang tahu ada Medan Selera di situ.,

Wal hal ini satu satu nya gerai Bumiputra di ujudkan berbanding dgn gerai gerai rakan kita,di sebelah Bagan Ajam,di sediakan segala kemudahan.,katanya.

Pendekan kata,

Kalau dulu kita ingin mengambil alih Kerajaan dari BN kini sudah dapat , jadi laksanakan tanggung jawab membela rakyat,dan tunjukan lah contoh bahawa kita yang terbaik.

Terima kacccih!!Zul.
Nanti kita lepak kat Gurney Drive..makan Pasambok!!!!!

De'Amani Choco berkata...

Lagi satu dengan sampah kat tepi jalan wisma pantai tu dah macam tempat pelupusan sampah la pulak, camna nak park kereta, letak kereta depan wisma pantai kena saman pulak tu, abih tu nak letak mana parking penuh ngan sampah, dulu umno perintah kita komen banyak sangat la ni kena buat la apa yang dulu kita kata tu, baru rakyat sokong bangatolong la buat kerja sikit jangan sampai kudeta ambil peluang pulak.

Din Binjai berkata...

terharu sy membaca komen indraputr80 dan cekalamani....memang benar komen dan pandangan yg anda berikan...cuma saya nak gambarkan kemenangan pakatan rakyat tahun lalu ibarat kita berjaya menawan sebuah banglo besar yg indah...tapi bila masuk ke dalam...amat kotor dan bersepah2...bukan senang nak kemaskan semula...ruang tamu, bilik, ruang makan, dapur, tandas, bilik air dan lain2 lagi...setahun kita boleh bagi alasan tapi sekarang rakyat nak tengok perubahan...masalah sampah di mpsp memang meruncing sebab itu kita dah tamatkan 4 syarikat yg gagal sempurnakan keje mereka..masalah sampah mpsp dan mppp tergantung sebab kerajaan pusat nak ambik alih tp sampai sekarang belum lg rasanya...masalah kewangan mpsp amat meruncing...terdapat juga pegawai kerajaan yg seolah2 sabotag pakatan rakyat...inilah puncanya pakatan rakyat dilihat seolah-olah tdak mampu membuat perubahan...saya amat berharap supaya kerajaan pakatan rakyat dapat ambil tindakan drastik ke atas pegawai2 kerajaan yg bermasalah...saya tetap berpegang pada prinsip bahawa saya tidak akan berkompromi dengan mana2 pemimpin yg salah guna kuasa..saya bersedia hadapi apa jua tindakan yg mungkin akan dikenakan...saya juga ada maruah...lawan tetap lawan

AGRO BISTRO berkata...

http://selangortoday.wordpress.com/2009/05/04/cucu-syarikat-pkns-kuda-tunggangan/

Tuan Zul, ini perkara Selangor dah makin berat. Anta cuba baca dalam posting ana di atas.

Din binjai ni, ana sama dia di Batang Ai. Di Batang Ai kami bincang banyak. Di Batang Ai juga kami lihat bagaimana MB Selangor ini tidak mesra anak buah dan tidak mesra manusia.

Sememangnya seperti ada burnig embers di Selangor.

Takut ia akan meletus jadi gunung berapi.

Habissss picahhhhhh.

GOMO AL KANTOI berkata...

SALAM....
MACHA....
APA CERITA???

ANWAR-ALJUBURI: JUBUR http://anwar-juburi.blogspot.com/2009/05/anwar-al-juburi-al-juburi-jubur.html

JANGAN MAIN JUBUR.....

usop sontoroyo berkata...

Din Binjai seorang pejuang tegar yang patut dicontohi oleh semua orang. Teruskan usaha murni anda...jangan dok layan para penfitnah tu. Hidup Din Binjai...

Tanpa Nama berkata...

Orang Upahan UMNO sanggup buat apa saja, pemimpin Politik Wang (Rasuah)dalam UMNO akan disokong dengan membuta tuli dan di lantik memjadi Pemimpin mereka.

Orang Upahan UMNO hanya pandai menganggah sesiapa saja kerana ada kepentingan diri sendiri mereka untuk memndapat kekayaaan dari wang cukai rakyat...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...