Jumaat, 22 Mei 2009

Detik 3.30 ptg Jumaat-malaysiakini

Pada pukul 3.00 petang ini, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi telah diberitahu untuk memastikan keputusan akan memihak kepada Umno.

Zaki, seterusnya telah mengarahkan Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Dato' Alauddin Dato Mohd. Sherrif, untuk memberitahu ketiga-tiga hakim…Hakim Abd. Raus Sharif, datuk Zainun Ali dan Ahmad maarop…untuk memberikan keputusan yang 'betul.' Sekiranya mereka tidak mampu untuk memberikan keputusan 3-0, sekurang-kurangnya mereka perlu member keputusan 2-1..dimana Zainun akan memihak kepada Nizar. BN kemudiannya akan dilihat sebagai 'adil' dan 'telus' dan Pakatan Rakyat tidak boleh berkata apa-apa.

Selepas itu, Zambry akan mengadap Sultan dan memohon pembubaran DUN Perak. Umno perlu dilihat melakukan semua ini..bukannya Nizar. Dan Umno akan melakukan ini walaupun mereka boleh memerintah Perak tanpa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Bagaimana yang dikatakan Najib gila kuasa dan tidak adil?

Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.


Benar..memang susah bagi Barisan Nasional untuk menang tapi apa bezanya? Keadaan sekarang sudah buntu. Sekiranya BN terus memegang kuasa…mereka akan dilihat sebagai perampas…tetapi dengan membubarkan DUN…mereka akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat…walaupun mahkamah telah mengesahkan mereka sebagai kerajaan yang sah.

Tujuannya adalah untuk menahan kebangkitan Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat. Pembubaran DUN Perak adalah kehendak BN..bukan Pakatan Rakyat. Dan dengan pembubaran ini..BN akan dilihat sebagai prihatin kepada rakyat..malah ianya dibuat atas desakan Pakatan Rakyat.

Imej Pakatan Rakyat akan dicanang sebagai pihak yang menyebabkan kesusahan rakyat..dan BN akan mempelopori imej bahawa mereka adalah pembela rakyat.

Dan sekiranya BN menang dalam pilihanraya DUN Perak nanti…Najib berpeluang melantik orangnya untuk menjadi Menteri Besar. Tidak mungkin Zambry…kerana Zambry bukan orang dia tetapi orang Pak Lah. Dengan strategi yang diatur oleh Mahathir..Najib mendapat Perak dan menyingkir Menteri Besar yang bukan pilihanya. Itulah yang dirancang oleh Najib.

Jangan lupa…bahawa Mahathir adalah pakar strategi dan dia kini berada dibelakang Najib. (Baca artikel sepenuhnya di Malaysia Today) - sumber dipetik dari perakexspress


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

betoi zambry nak mintak bubar DUN..??? boleh percaya kaa..????

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...