Selasa, 26 Mei 2009

Dun Perak Bubar Minggu Ini - Jangkaan Husam-malaysiakini


 Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tetap yakin Dun Perak akan dibubarkan segera selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kesnya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini. 

"Saya telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini (Jumaat 22 Mei).

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dun Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini," tulis beliau dalam blognya. Bagi Husam, keputusan Mahkamah Rayuan memberikan implikasi besar kepada perundangan di negara ini.

"Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di Dun yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.


Sistem perundangan di Malaysia ini semakin kotor decemari akibat mainan politik oleh pihak yang tidak bertanggup jawab. Dan sebilangan besar rakyat Malaysia telah celik politik dan mereka telah peka akan setiap tindakan mainan kotor oleh pihak yang tidak bertanggup jawab tersebut. Semoga Allah melindungi orang-orang yang benar.

WALLAHUALAM



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...