Sabtu, 23 Mei 2009

N12 Penanti- Proses penamaan calon-malaysiakini

9:26am - hot... cuaca panas, jumlah anggota PDRM yang bertugas rasanya sama ramai dengan penyokong parti yang hadir.

Jumlah penyokong yang hadir sekitar 2-3 ribu.

Selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini sedang menunggu proses bantahan selama sejam hingga jam 11 pagi. 

Jika tiada sebarang penolakan, kelima-lima mereka akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.

Tiga lagi calon bebas: bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman. 


Calon PKR Penanti tiba bersama para pengiring dan juga penyokong lebih kurang jam 8:45 pagi.

Antara pimpinan yang hadir ialah DS Ir Nizar, DS Anwar Ibrahim, YB Sivarasa, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta, YB Azmin Ali, YB Zuraida, Haji Ismail, Haji Osman, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi.

Suasana kurang meriah tanpa kehadiran Puteri UMNO... kalau tak, dapat la jugak tengok aksi-aksi liar... hahaha...



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...