Khamis, 28 Mei 2009

N12 Penanti:PIAGAM CALON PARTI KEADILAN RAKYAT-malaysiakini



Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.


Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.


Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti


Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga


Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.


Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti


Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.

Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti


Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat


Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi


Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihan Raya / Elections Director
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

3 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun . Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara . Wang ringgit,kudrat, masa , dan LLN yang selama ini di korbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI .
Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara ramai lah ahli profesional dan graduan graduan pengampu pengampu berduyun duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI ,walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara ,ahli profesional dan graduan graduan pengampu batang hidung pun tak nampak . Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun . Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI . Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah . Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini ( tawaran jawatan dan duit ) . Cuba kita fikir patut ke? dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM" . So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli ahli profesional dan graduan graduan PKR ini ( yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri ) kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI . Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min . Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI . walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat . Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan . Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini/ Hidup Kak Min

...cu tuk Merah berkata...

salam...

kata hj.".Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun . Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI "
___________________________

Setahu cu...
Tak ada sesiapa pun yang mengenepikan sesiapa sama ada berpelajaran atau tidak!...cumanya kalau nak kepada lantikan TKM tentulah banyak yang kena pikirkan!
....takkan tak berpelajaran,tapi kuat menyokong serta banyak habiskan wang ringgit...kita boleh lantik kak untuk kejawatan tertinggi!....agak agak la bang haji,

Dulu tu, kak min ...ketua wanita!sapa pun tak pertikaikan dia berpelajaran atau tidak!...tapi bila dah banyak ahli berdoyon masuk ,atas dasar demokrasi....tak ada pilih kasih ...tentulah ada yang akan terpinggir!...tak kan semua nak jadi ketua kot!!!
....sapa yang kenai kak min,tentu tahu apa dia punya cerita...dalam PKR!,hal tu tak payah le nak ungkitkan,....tapi bertandinglah cara saksama...menyerang PKR adalah satu yang amat keterlaluan!!!

Peluang kak min nak masuk jadi calon dah tercapai....tinggal lagi ,nak menang belum tentu....sebab kak min bertanding dasar nak balas dendam!

"Pengundi tak mau dijadikan alat untuk membalas dendam"....kak min harus sedar!!!!.....aaaaaaaarrr

budak tadika berkata...

Hidup Hj Jamaludin dan cu tok merah....kedua2 hujah ada kebenarannya...lu ada akai....lu fikirlah ssendiri...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...