Ahad, 17 Mei 2009

PAS dapatkan sokongan pemimpin politik bubar DUN Perak-malaysiakini

     

PAS akan mewujudkan satu platform bersama untuk mendapatkan sokongan daripada semua pemimpin parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi mendesak Umno membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Naib Presiden PAS Husam Musa berkata, langkah itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Harian PAS semalam.

Dalam satu sidang media di pejabat akhbar Harakah hari ini, beliau berkata Umno dan Barisan Nasional jelas telah melakukan rampasan kuasa dengan membelakangkan undang-undang dan membabitkan Sultan Perak untuk mengikut agenda politik mereka.

Justeru PAS akan berusaha mengembalikan semula hak rakyat Perak melalui pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya negeri.

"PAS pada dasarnya telah bersetuju supaya kita mendekati semua lapisan pemimpin untuk membentuk satu front (barisan) bersama bagi mendesak Umno Barisan Nasional membubarkan DUN Perak.

"Petang nanti saya akan berjumpa Tengku Razaleigh di rumahnya, dan kita juga akan menghubungi Setiausaha Agung Gerakan yang telah menyatakan mereka juga bersetuju DUN ini dibubarkan dan kita akan menghubungi Datuk Chua Soi Lek, Suhakam dan pihak-pihak yang boleh bersetuju duduk dalam satu platform untuk menasihatkan Datuk Seri Najib membubarkan DUN Perak," katanya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib di akhbar hari ini, beliau berkata bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai, tetapi Umno secara khususnya harus dipersalahkan kerana mengesyorkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar, sedangkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih lagi menteri besar yang sah.

Menurutnya, adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi.

Beliau berkata, negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan

tvantara 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...