Ahad, 17 Mei 2009

protes aman-malaysiakini


Seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang telah menyatakan bantahan dengan caranya sendiri atas apa yang sedang berlaku di Perak sekarang.

Beliau telah mengambil tindakan nekad yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran Esplanade, Padang Kota Lama dan berada di atas pokok tersebut selama 8 jam. 


Sementara di Ipoh seorang pemuda berketurunan India semalam telah berdiri
seorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak bagi menunjukan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu. Dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak dan hanya berdiam diri ketika polis hadir. 

Pemuda berkenaan juga tidak memengang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.

Adakah lagi protes protes sebegini akan dilakukan oleh rakyat rakyat Malaysia ???



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi ada yang tak faham apa itu BUBAR, selagi itulah PEMBUBARAN tidak berlaku. Masih ada yang keliru antara BUBAR dengan BUBUR, dan dengan air liuh meleleh duduk menunggu hidangan. Keadaan di Perak ini ibarat JALAN SEHALA. Kalau orang masuk salah hala, kena saman. Di Perak, negeri kesayangan ku, orang masuk SALAH HALA dijunjung. Sepatutnya satu saja jalan - BUBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

kaum india dah tunjuk protes luar biasa....zul mamak bila pula,,,apa barang....kasi peceh laaa...

din berkata...

kasi pecaaaaaaaaaaaah ini lah bejuang tulin

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...