Selasa, 26 Mei 2009

Siapa Yang Takutkan Kebangkitan Rakyat?-malaysiakini

Ketika ini UMNO menyerang PR secara habis-habisan. PR dituduh enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah keputusan itu tidak boleh lagi dicabar di mana-mana mahkamah di Malaysia.
 Padahal mereka pun mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menghukum Nizar sebagai MB Perak yang sah. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa UMNO mengamalkan double standard.

Jika kita teliti tindak tanduk UMNO-BN selepas PRU Ke-12, kita dapat mengesahkan bahawa mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan di lima buah negeri dan gagal memperoleh dua pertiga majoriti di parlimen. Mereka memainkan isu kelunturan kuasa politik Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Kekalutan itu berjaya menarik NGO Melayu melibatkan diri dalam perdebatan yang berbau perkauman sehingga memunculkan entiti yang diistilahkan sebagai  Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu dilihat oleh MCA sebagai hubungan tuan dengan hamba. Keengganan menerima konsep itu diperlihatkan melalui kenyataan pemimpin GERAKAN bahawa orang Melayu pun kaum pendatang. PKR mengeluarkan gagasan Ketuanan Rakyat melalui Agenda Ekonomi Malaysia. PAS bertegas dengan konsep Ketuanan Islam.
 
Hakikatnya, UMNO-BN telah kehilangan banyak sokongan. Mereka menggelabah apabila Anwar melancarkan projek 16 September pada tahun lepas. Projek mengambil alih kerajaan persekutuan melalui lompat parti MP BN ke PR ini mengambil kira kesukarelaan, bukan paksaan; pelaksanaan undi tidak percaya kepada PM; dan perkenan Agong.
 
Sehubungan itu, pelbagai usaha dilakukan oleh BN untuk menggagalkan projek tersebut. Untuk beberapa ketika, keadaan menjadi tegang. Namun demikian, keadaan kembali normal setelah tarikh itu berlalu begitu sahaja.
 
Satu Malaysia gempar apabila Nasaruddin masuk PKR. Dalam keadaan kelam kabut tiga lagi ADUN BN akan menyeberang, Jamaluddin dan Osman diculik; diikuti oleh Hee; pelantikan Najib sebagai Ketua Perhubungan UMNO Perak; dan kehilangan Nasaruddin.
 
Drama bertambah hebat apabila speaker mengumumkan Jamaluddin dan Osman meletakkan jawatan pada 30 Januari 2009. Kedua-duanya melenting. Pada 3 Februari 2009, speaker mengumumkan Hee pula meletak jawatan. Pada hari yang sama, ketiga-tiganya menghantar surat kepada Sultan Perak bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.
 
Persoalannya, bolehkah diterima ADUN yang telah diisytiharkan meletakkan jawatan menjadi ADUN Bebas dan dikira untuk menunjukkan BN ada majoriti di DUN setelah menyatakan sokongan kepada BN? Tidakkah mereka sudah hilang semua hak sebagai ADUN? Bagaimana pula dengan Nasaruddin yang tidak menghantar surat kepada Sultan Perak pada tarikh itu? Tidakkah PR ada 29 ADUN berbanding BN 27 pada 3 Februari 2009? Jika statistik ini benar, PR tidak hilang majoriti pada tarikh yang dinyatakan itu.
 
Ada pihak mempertikaikan tiada deadlock di DUN apabila PR 28 dan BN 28 serta 3 ADUN lagi telah letak jawatan. Apabila undi dijalankan, PR akan kalah kerana speaker tindak boleh mengundi. Apa akan terjadi jika speaker ketak jawatan semasa undi hendak diadakan, tidakkah keputusannya seri? Tidak deadlockkah itu?
 
Memang sukar bagi rakyat menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu. Lebih sukar lagi untuk menerima seorang MB yang diangkat oleh mahkamah, bukannya dengan undi rakyat. Kuasa rakyat telah dirampas oleh hakim. Benarlah kata pakar undang-undang dan majlis peguam bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.
 
Tuduhan yang mengatakan PR tidak boleh menerima hakikat hanyalah usaha UMNO-BN untuk mengabui mata rakyat. PR akan membubarkan DUN jika perbicaraan di mahkamah memenangkan mereka semata-mata untuk membentuk kerajaan pilihan rakyat yang menjadi tuan di negara ini.
 
UMNO-BN bermati-matian mempergunakan institusi raja dan mahkamah untuk mengekalkan kuasa yang dirampas daripada rakyat. Barangkali semua rakyat Malaysia dapat menilai situasi ini saksama. UMNO-BN perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar kuat dengan membubarkan DUN Perak dan menghadapi rakyat.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya masih berpendapat, Nasa is a trojan horse for the UMNO.
Apabila 3 katak sedia melompat parti, UMNO guna alasan bahawa PKR yang mula dulu dengan NASA.

limauBALI

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...