Khamis, 28 Mei 2009

Tarikh pilihan raya kecil Manek Urai ditentukan hari ini-malaysiakini


 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada pagi ini untuk menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

DUN Manek Urai yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi DUN Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi. SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...