Khamis, 11 Jun 2009

Benarkah MCA nak keluar dari BN??-malaysiakini

Hasil pungutan suara dalam laman blog Presiden MCA, menunjukkan majoriti melebihi 75% mahu MCA keluar dari Barisan Nasional. Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA bahawa sekutunya itu tidak akan keluar BN.BeritaHarian .

Kalau MCA keluar, kemana halatujunya? Iklim politik di Malaysia tidak menjuruskan atau memungkinkan sesebuah parti politik boleh berdiri sendiri. Masyarakatnya yang majmuk memerlukan satu pakatan politik yang bergerak dengan satu tujuan yang memerlukan kepada keperluan asas seperti keadilan sosial dan menghapuskan kezaliman.

Di atas dasar itu Pakatan Rakyat di wujudkan. MCA diucapkan selamat datang.

Kenapa pungutan suara diadakan oleh Presiden MCA?

Adakah ia saja-saja diadakan untuk mengukur populariti MCA?

Adakah MCA sudah lama memakan hati, menjeruk hati dengan UMNO yang mendominasi BN?

Kenapa perlu seorang Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA? Memadailah Presiden MCA membuat ulsan atau pengakuan berkait dengan pungutan suara tersebut. Pengakuan yang dibuat oleh seorang Presiden parti lain boleh mengundangkan fitnah.

Nanti, ramai yang akan berkata, tiada angin masakan pohon bergoyang.

ZMP... Jika depa nak join PR aku harap biar dikuarantin dahulu dari memegang apa-apa jawatan untuk mengelakan kejadian buruk berlaku..

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...