Selasa, 9 Jun 2009

Johari cadang jumpa Guan Eng isu MPSP - Malaysiakini

Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tindakan beliau dan tujuh lagi ahli majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua (YDP) MPSP yang baru Khamis lepas.

Katanya, beliau akan mengatur pertemuan itu dalam masa terdekat untuk membersihkan namanya dan menjelaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan perasaan kecewa tidak dilantik sebagai YDP MPSP seperti yang didakwa Ketua Menteri.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata tindakannya menyuarakan hasrat parti supaya jawatan YDP MPSP diberikan kepada PKR dibuat selaras dengan minit mesyuarat perhubungan PKR negeri yang mencatatkan mengenai perkara itu.

"Jika PKR diberikan peluang untuk menerajui MPSP, terpulang kepada parti hendak melantik siapa. Kalau parti melantik saya, saya akur dan jalankan tugas itu, kalau tidak, saya tetap memberikan sumbangan sebagai ahli majlis. Tidak timbul soal kecewa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lim semalam bahawa tindakan sekumpulan ahli majlis memulaukan majlis angkat sumpah bekas pegawai daerah Seberang Perai Utara (SPU) Mokhtar Mohd Jait sebagai YDP MPSP menggantikan Farizan Darus berpunca daripada ketidakpuasan hati Johari mengenai pelantikan itu.

Lim dilaporkan berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Zahrain dalam sidang akhbar malam semalam berkata beliau ada berbincang dengan Lim mengenai tindakan kumpulan itu, tetapi beliau tidak pernah menyebut bahawa tindakan Johari itu berikutan Johari tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai YDP MPSP.

Johari, yang juga anggota jawatankuasa PKR negeri berkata setiap parti dalam gabungan pembangkang mesti jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak mentadbir negeri secara bersendirian.

"Sebagai ahli majlis, saya telah memainkan peranan yang positif untuk memperbaiki perkhidmatan MPSP kepada rakyat dan apa jua dasar kerajaan negeri harus didukungi bersama. Kedudukan saya sebagai ahli majlis terletak pada keputusan parti dan setakat ini, parti memutuskan tidak memecat saya, jadi tidak perlulah orang lain pula minta saya letak jawatan.

"Saya harap pada masa akan datang, apa pun keputusan yang hendak diambil perlu dibawa berbincang secara bersama terlebih dahulu. Kita tidak boleh 'dictate' keputusan sendiri pada parti lain," katanya 

.BERNAMA



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


3 ulasan:

..cu tuk Merah berkata...

Salam Semua,
Ari tu...lain nada dan bunyinya pun semacam!....aaaaaaaaaarrrr
....apa pun cubalah cari penyelesaian dulu...baru buat tindakan.....nanti orang akan kata..."ada berani ka?"....

dah tau siapa yang paling berani.....aaaaaarrrrr.

diam...joedahmai berkata...

bukan masalah berani....
masalah takut hilang jawatan...
bak kata pepatah melayu....
hanya johari yg kenal manikam...
opps...diaam....joe dah mai...
diamjoedahmai..blogspot.com dah siri tiga....makin teruja..makin menarik...

diam...joedahmai berkata...

bukan masalah berani....
masalah takut hilang jawatan...
bak kata pepatah melayu....
hanya johari yg kenal manikam...
opps...diaam....joe dah mai...
diamjoedahmai..blogspot.com dah siri tiga....makin teruja..makin menarik...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...