Selasa, 9 Jun 2009

RATUSAN RIBU AKAN TINGGALKAN PAS DAN SERTAI PKR......????-malaysiakini

PART I
Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan. Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.

Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh. Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan? Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna.

Ends............

PART II
PENGUNDI CINA DAN INDIA IKRAR TIDAK AKAN UNDI PAS LAGI.....PKR AKAN TANDING SEMUA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN..PRU

Ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolah rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism. "Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan.

Ends.....

Hidup dan harapan


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


11 ulasan:

PutraRocker berkata...

bangkitlah wahai bangsaku..!!!

amk tulen berkata...

Pimpinan No 1 dan 2 PAS memang ego...tak boleh terima hakikat...TGHA rasa terlalu rendah diri bila berbincang dgn Pakatan Rakyat sebab beliau tak pandai berbahasa Inggeris...ini adalah kenyataan...Bila berbincang dgn PKR dan DAP bahasa bercampur sekejap Bahasa Malaysia sekejap Bahasa Inggeris...PAS pula punyai kerusi Parlimen rendah dalam Pakatan Rakyat berbanding dgn PKR parti baru...tu yg cemburu sangat...bagi saya tak perlu cemburu kita semua dalam Pakatan Rakyat...kenapa timbul soal Kerajaan Perpaduan dgn Umno pulak...kenapa mereka ketepikan Nasihat dan Pandangan TGNA...ada akai..lu fikirla sendiri...

serupasekala berkata...

itu lah akibatnya apabila peminpin ikut sedap mulut aje nak cakap depan wartawan.

cakap siang pandang pandang,cakap malam dengar dengar.

apakah sanggup haji hadi dan nasharudin melihat pas berpecah.

selami lah sejarah silam dimana dimana pas telah diperkudakan oleh umno.

DENGAR LAH NASIHAT ORANG LAMA DALAM PARTI.

WALAU PUN BELIAU ORANG LAMA TETAPI NATIJAH PERJUANGAN PAS MASIH DITERUSKAN.

MUNGKINKAH INI KERJA KERJA BODOH DALAM PAS MUSIM KEDUA SELEPAS NIK ABDUH MEMBONGKARNYA DALAM MUSIM PERTAMA DULU.

FIKIR FIKIR LAH .........

Unknown berkata...

Salam Semua,
"Orang yang bijak,tak akan terhantuk pada tempat yang sama disetiap kali...."

....siapa yang pancing siapa?...siapa yang termakan umpan?....aaaaaarrrrr ,putaran sejarah selalu berulang ulang!
....gayutlah nampaknya!!!!

matgeram berkata...

dasarnyanya disini adalah setiakawan. yang menyokong kerajaan perpaduan ialah mereka yang sanggup tidur sekatil dengan perogol anak sendiri, renungkanlah!

tunsaban berkata...

Umno dah syok kerana hampir dapat robohkan PR.Kerannasahr

Pas perak berkata...

Buang saja logo pas kat tepi tu

Tanpa Nama berkata...

sahabat2. Jangan terlalu melulu menuduh itu dan ini. Kita belum tahu bagaimana bentuknya kerajaan perpaduan yang dicadangkan TGHA. Apa yang pasti ia bukannya KERAJAAN CAMPURAN yang menyebabkan PAS ditendang pada 1974 dulu.

Memang PAS sudah terlalu masak dengan perangai Umno yang suka tikam dari belakang. Tak mungkin TGHA boleh lupa peristiwa royalti dan terkini di Perak.

PAS sebagai sebuah parti besar memang berhak berbincang dengan sesiapa sepertimana DSAI dari PKR yang berjumpa dengan beberapa Ahli Parlimen BN dalam peristiwa 16 Sept.

Lapang2kanlah dada. Dengar dulu penjelasan TGHA. Tapi yang confirm Kerajaan Perpaduan bukan Kerajaan Campuran. Wallaua'lam.

min berkata...

Tah apa2 hempa nie. bila masa haji hadi nak buat kerajaan campuran, kerajaan perpaduan adala, kiranya okla tu, perpaduan tak semestinya campur ngan umno, macam kita baik ngan org kristian, tak semestinya kita masuk kristian.

apala punya bodoh korang nie, takkanlah haji hadi nak bersekongkol ngan umno, lucu betul la korang nie.

haji hadi dah lama dalam pas, dah biasa dengan kalah menang, dan byak kalah dari menang.

hampa nie duk percaya kat media pasai apa, biasalah depa pun nak cari makan, tu yang duk putaq belit 2, tapi masalahnya hempa yang bodoh bangang ni yang duk percaya propaganda nie. ni semua perang saraf umno je.

CHUCK GURUN berkata...

oi min..
ni bkn soal pecaya ka x pecaya. tp TGHH pnya idea tu tegantung tnpa penjelasan.sbb tu media bleh kona. hasilnya skrg ni byk ahli pas sdiri x fhm n hilang hormat kat TGHH. parti pn seolah2 bpecah...
aku akui idea dia tu bgus dan ilmu TGHH ni tggi. tp aku rasa dia ptt smpn ja dlu idea tu smpai pktn rakyat kuasai m'sia. skrg ni sapa yg rugi?habis cina yg sokong pas pn xfhm then trus fuck pas...
sori la bg aku TGHH xptut kuarkan idea tu skrg.
wrong timing...
skrg ni aku harap sapa yg mulakan isu ni, pliz correct the Party situation back.kalo tk keadaan jd parah.aku syg PAS.
kalo Pas lingkup sbb TGHH pnya idea ni, aku n famli n smua kaum kerabat aku yg pas by genetic xkan redha dunia akhirat...
MUQABALAH SUCKS!!!

bdak mesir berkata...

salam..
sy mntak tlng sgt rakan2 yg berada di malaysia buat petisyen bantah kerajaan perpaduan ini..

bayangkan lah mereka yg selama ni yg berada dlm kemiskinan, kerana benci kepada UMNO..mereka tidak berpaling tadah..tidak menuju kepada UMNO utk kesenangan..mereka masih bertahan di pihak kita atas dasar kebenaran..tapi kita cuba mengkhianiati apa yg mereka pertahankan dgn cuba pergi kepada UMNO utk jalan pintas..

Kalau Ust Nasha nk sgt bermuzakarah ngn UMNO, biar dia sowng2 je la masuk UMNO..jgn membawa parti PAS tenggelam bersama UMNO..

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...