Khamis, 11 Jun 2009

Kenapa Nazri nak malu warga asing jadi pemandu teksi?


Akhbar KOSMO semalam melaporkan yang menteri teksi Nazri Aziz malu sebab ramai warga asing jadi pemandu teksi di negara ini.

Kenapa pulak beliau yang malu melihat warga asing jadi pemandu teksi? Sepatutnya beliau malu sebab rakyat Malaysia sendiri dah tak sanggup nak bawak teksi lagi.

Beliau sepatutnya mengkaji kenapa keadaan sedemikian berlaku dan bukan terus berasa malu.

Inilah contoh menteri yang tidak berjiwa rakyat dan tidak mempunyai sensitiviti terhadap rakyat serta gagal menyelami masalah rakyat bawahan.

Mesti ada sebabnya kenapa rakyat sendiri enggan terus membawa teksi. Cari sebabnya dan selesaikan sebab tersebut.


Sepatutnya rakyat yang harus berasa malu kerana mempunyai menteri seperti Nazri Aziz yang tidak peka terhadap masalah rakyat.Beliau seharusnya juga berterima kasih kepada warga asing kerana memilih untuk memandu teksi dan tidak memilih untuk menjadi penyamun atau tukang pecah rumah sebagai profession mereka.




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...