Ahad, 7 Jun 2009

Ketua WHIP MPSP Tak Di Lantik Sebagai YDP Terus Boikot.... ~ malaysiakini



Inilah 1 lagi perangai UmNO yang dibawa masuk dan berada di dalam PKR...

Aku di sini sokong dengan perlantikan Mokhtar Mohd Jait kerana beliau dari kalangan penjawat awam dan bukan dari kalangan ahli politik.... Jika seseorang yang dari kalangan ahli politik menjawat jawatan ini tak mustahil berkemungkinan akan ada budaya kronisma dan tak mustahil akan berlaku kurapsi..(adek beradek korupsi..)

Aku juga setuju dengan gesaan seperti ADUN Komtar dari DAP supaya Johari Kassim ni letak jawatan saja sebagai Ahli Majlis... Gila Kuasa & Jawatan la dia nii... mantan Ahli Majlis yang telah bongkarkan salahguna kuasa seorang bekas ADUN & Exco Kerajaan Negeri dengan syarikat-syarikat kuari di Seberang Perai tempohari, TAK DISAMBUNG khidmatnya sebagai Ahli Majlis...tu la cara orang yang diamanahkan buat kerja untuk rakyat Pulau Pinang & jasa dia kepada Parti yang menjadikan dasar cekap, telus dan amanah dalam menjalankan sesuatu tugas.

Bukan nak bodek dan 'jek' pungkok mantan Ahli Majlis yang dimaksudkan tu, Amizuddin Ahmat @ Din Binjai yang selama ini telah digelar sebagai 'PEMFITNAH' kepada bekas TKM1 hingga sebabkan perletakan semua jawatan, juga telah mendedahkan kepada badan siasatan EXCO Kerajaan Negeri bahawa penyelewengan sedang berlaku dalam perusahaan Kuari selama ini di Pulau Pinang.

Namun hasil badan siasatan dapati kebanyakan syarikat kuari yang sedang beroperasi melanggar undang-undang dan kerajaan Negeri telah mendapat duit dari hasil saman sebanyak hampir RM6 juta. Nah! Selama ini kerajaan Negeri kerugian sebanyak itu...ntah-ntah lebih dari itu mungkinn...

Harus diingat juga, nama baik serta maruah Amizuddin Ahmat juga pernah difitnah sebagai Ahli Majlis MPSP semasa itu sebagai 'tidak amanah dan makan duit' dari syarikat-syarikat kuari di Seberang Perai oleh mantan TKM1. Beliau dikatakan menerima wang suapan hampir RM5 ribu sebulan dan memiliki sebanyak 4 buah kereta peribadi. Beliau juga telah disiasat oleh SPRM sepanjang kes mantan TKM1 dan bekerjasama untuk menyelesaikannya.

Walhal tiada langsung bukti yang beliau didapati bersalah oleh SPRM, malah nama mantan TKM1 pula telah 'dibersihkan' oleh pihak SPRM Pusat menjelang minit akhir PRK N.12 Penanti... Pelik..Pelik...



Dan statement dari Dato' Zahrain, Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam akhbar utama kelmarin (sabtu) NST, mendedahkan lagi yang Johari Kassim bukannya orang kuat beliau.. dgn mengatakan Johari yang sebenarnya beriya-iya sangat inginkan jawatan tersebut dan sebenarnya pada segi logik pikir, memang TAK LAYAK punn... (mungkin juga Dato' Zahrain cakap ATAU media yang saja-saja buat cerita aku tak tau..)

Apa yang special sangat ada pada Johari Kassim ini..??? Dengan sikap TIDAK Profesional selaku ketua whip dalam MPSP memboikot majlis pelantikan YDP MPSP yang baru, makin menyerlahkan sikap TAMAKkan JAWATAN sajaa... Buat malu saja pegang jawatan sebagai Ahli Majlis, nak kerjasama macamana dengan YDP yang baru sedangkan semasa hari angkat sumpah dah boikot....???

Akhir kata dari aku...

16 ulasan:

cu tuk Merah! berkata...

Salam Zul 786,

Ada kawan saya suruh tanya....ada betul ka depa nak letak jawatan?....sebab dia nak pohon jawatan tu....ada berapa kekosongan?...aaaaaaaaaarrr

PARPUKARI berkata...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

zul mamak ,


ini lah parti gila kuasa..PKR memang gila kuasa punya..dari kepala dia anwar sampai ahli2 dia ..

woi zul,jgn dok ckp johari kasim ni ex umno pulak ..tu bos hang zahrain pun sama jug..johari kasim tu org kuat zahrain tu ...dua2 sama gila kuasa!!!


buat malu saja...dok berebut jawatan dan kuasa...bukan nak bela org melayu PP

KULIM MARI berkata...

PEJUANG BANGSA HG BOLEH BLAH..HG PERKAUMAN.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Perkara-perkara sebegini tidak sepatutnya wujud dikalangan Pakatan Rakyat.

Rasanya tidak perlulah jawatan YDP diberikan kepada ahli politik. Cukuplah sekadar dilaksana atau diamanahkan kepada penjawat awam yang layak.

Jangan biarkan penyakit Umno terus merasuk jiwa raga ahli Pakatan Rakyat.

Anwar mungkin boleh tengok sikit anak-anak buah dibawah, kalau perlu amik saja tindakan.

yon berkata...

johari ni apa masalahnya????selama kerajaan UBN dok perintah pun...YDP ni mmg diberikan kpd kakitangan awam....guna akai la sikit!.....!ni yg aku tak paham dgn sekoq dua ahli PKR yg bangang ni....!awat yg nak ambik post YDP kat hangpa? spya senang nak faraid projek kot...buangla perangai umno tu...org dh meluat dah!org tak berapa pandai..nak tunjuk pandai...ni la masalahnya....buat org gelak saja....kebiasaanya pun....YDP diberikan kpd PTD....@ DO dr state tersebut...!kesian kat hang johari ooi..terhegeh-hegeh nak jwtn YDP....be profesional la....!

amk tulen berkata...

macamana tak berebut....
elaun ahli majlis RM600.00 saja campur elaun mesyuarat RM400.00 jadi jumlah RM1000.00 saja sebulan...
kalau jadi YDP elaun RM8,000.00 sebulan...pastu peruntukan dibawah YDP sejuta setahun...tu yg johari kassim dok berebut sangat...
hangpa baru kenai johari kassim ka...gila jwatan...dok kira projek saja...bila ceramah nak bela rakyat konon
...poooooooooooorahhhhhhhh...

amk tulen berkata...

johari yg dok ugut nak letak jawatan...tapi bila dap suruh dia letak jawatan dia marah dap pulak...kah..kah..lawak bodoh johari kassim ni...dia selalu dok gaduh pasai apa dia tak boleh jadi "tender board"...dalam MPSP...maknanya dia nak dok dalam jawatankuasa tender MPSP supaya senang nak perbetoi kroni2 dia...adalah sikit habuan bila tolong kawan2...katakan benar tapi pahit...

amk tulen berkata...

Johari memang sakit hati dengan Amizudin (Din Binjai) bekas ahli Majlis MPSP, nak tau sebab apa...sebab bila Mesyuarat Penuh MPSP..reporter ramai...selalunya reporter akan kerumun Amizudin lepas mesyuarat sebab Amizudin lebih menyerlah dan bawa isu panas dalam dewan Mesyuarat Penuh MPSP terutamanya isu kuari...hari ni terbukti apa yg dibawa oleh Amizudin tu benar sebab itu KUAD kuari dan BATU 3 Kuari kena denda 6.1 juta sebab tipu kerajaan negeri..tapi yg pelik akhirnya Amizudin yg dipecat sebab dedah isu kuari.....inilah keadilan dalam parti keadilan rakyat...

diamjoedahmai berkata...

Johari Kassim dulu memang rapat dgn Fairus sebab apa...sebab fairus ada peruntukan 500 ribu setahun bawah TKM 1...bila fairus letak jawatan...Johari Kassim pun hantar nama juga nak jadi calon Penanti..muka tak malu...oppss...

diam...joe dah mai...

diamjoedahmai berkata...

Johari Kassim dulu memang rapat dgn Fairus sebab apa...sebab fairus ada peruntukan 500 ribu setahun bawah TKM 1...bila fairus letak jawatan...Johari Kassim pun hantar nama juga nak jadi calon Penanti..muka tak malu...oppss...

diam...joe dah mai...

diamjoedahmai berkata...

Johari Kassim dulu memang rapat dgn Fairus sebab apa...sebab fairus ada peruntukan 500 ribu setahun bawah TKM 1...bila fairus letak jawatan...Johari Kassim pun hantar nama juga nak jadi calon Penanti..muka tak malu...oppss...

diam...joe dah mai...

diamjoedahmai berkata...

Johari Kassim dulu memang rapat dgn Fairus sebab apa...sebab fairus ada peruntukan 500 ribu setahun bawah TKM 1...bila fairus letak jawatan...Johari Kassim pun hantar nama juga nak jadi calon Penanti..muka tak malu...oppss...

diam...joe dah mai...

diamjoedahmai berkata...

Johari Kassim dulu memang rapat dgn Fairus sebab apa...sebab fairus ada peruntukan 500 ribu setahun bawah TKM 1...bila fairus letak jawatan...Johari Kassim pun hantar nama juga nak jadi calon Penanti..muka tak malu...oppss...

diam...joe dah mai...

diamjoedahmai berkata...

johari... letak jawatanlah...
johari... letak jawatanlah...
johari... letak jawatanlah...

mana maruah hang....
maruah kena bayar dengan maruah...
hang tak dak maruah ka...

opps...diam..joe dah mai....
aku kata diam...diamlah...
diamjoedahmai....

iniejune berkata...

AHLI MAJLIS LETAK JAWATAN!!!!!!

Kasi malu PKR saja... Pihak Perhubungan kena berani buat tindakan gantung keahlian depa yg bagi buruk nama parti...
Dato Z berani ka? Kompom x berani la.....

JOM PAKAT MINTA AJLI MAJLIS PKR LETAK JAWATAN... KASI BUSUK NAMA PARTI!!!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...