Tahun ini merupakan tahun PPSMI diaplikasikan sepenuhnya, tiada lagi pembelajaran dalam dwibahasa yang telah menyebabkan pelbagai kesusahan timbul yang perlu dihadapi oleh pelajar dan guru-guru yang mengajar subjek tersebut. Pelbagai luahan serta ketidakpuasan diajukan kepada Menteri Pelajaran untuk meredakan serta menyelamatkan prestasi pembelajaran di sekolah-sekolah.
Akibatnya ada murid-murid yang mempunyai masalah dalam PPSMI merasa rendah diri serta malu jika mereka dimasukkan ke kelas peralihan kerana sangat lemah dalam subjek tersebut walaupun seketika dahulu mereka boleh memahami subjek tersebut yang diajar dalam Bahasa Melayu. Alangkah sedihnya ibu bapa apabila anak-anak menyuarakan mereka ingin berhenti sekolah, tidak mahu hadir ke sekolah dan sebagainya kerana malu dengan ejekan serta kutukan kawan-kawan yang lebih cerdik dalam berbahasa Inggeris. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar-pelajar ponteng sekolah, berhenti belajar dan sebagainya.
Bukankah pelbagai kajian telah dilakukan mengenai sebab-sebab utama pelajar suka ponteng sekolah, ada diantaranya sukar untuk memahami subjek yang diajar sehingga membuatkan mereka bosan dan menyampah dengan subjek tersebut. Akibatnya mereka lebih suka bergaul bebas serta melakukan perkara sia-sia kerana tidak lagi bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Maka akan timbullah pelbagai perkara yang negatif serta membawa pelbagai kerosakkan kepada masyarakat. Mahukah kita selaku sebuah masyarakat yang inginkan kehidupan yang tenteram berasa tercalar akibat perbuatan jahat mereka.
Banyak fakta yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kegagalan sesebuah negara untuk membangun dengan.majunya akibat meminjam bahasa lain menggantikan bahasa ibunda negaranya dalam pelbagai bidang terutama dalam sistem pembelajaran rakyatnya. Oleh hal yang demikian kerajaan UMNO/BN mestilah menghentikan projek PPSMI ini dengan serta merta, kamu telah menggadaikan maruah negara dan rakyat Malaysia serta membawa kepada kejatuhan moral serta peribadi rakyat di negara ini akibat perbuatan kamu yang tidak diredhai rakayat Malaysia.
Justeru penulis berharap agar PPSMI ini dapat dihentikan secapat mungkin kerana merasa kasihan kepada anak-anak kecil yang ingin menuntut ilmu tetapi berasa gundah-gulana akibat sistem pembelajaran yang tidak adil bagi mereka. Marilah kita berdoa kepada Allah agar generasi kita yang akan datang lebih baik berbanding generasi yang sedia ada ini
JOM BOIKOT PPSMI!!!
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan