Sabtu, 13 Jun 2009

Pindaan Perlembagaan PKR kecoh????-malaysiakini




Kongres khas PKR hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu "selepas pengiraan undi yang penuh emosi".

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan 'pengiraan undi penuh emosi' itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.

Kecoh.... itulah yang berlaku petang tadi ketika pengiraan undi untuk meluluskan pindaan perlembagaan PKR apabila hampir 150 perwakilan dari AMK keluar dewan.

Walaupun jumlahnya bukanlah majoriti, tetapi mereka mempertikaikan cara pengundian melalui bangun dan angkat tangan yang tidak efisyen.

Mereka mahukan undian secara memangkah kertas undi kerana ia lebih sulit atau pun undian angkat tangan melalui satu-satu pindaan yang dibuat....



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

aloha2 berkata...

Kita tak takut kalah mengundi,walaupun kita tahu ramai hanya mengikut...tapi be profesional la cara pengundian...

sama ada guna kertas pengundian ataupun membuat undian mengikut 1-1 draf pindaan,bukannya borong jer semua undi serentak

bukan semua draf kita tak setuju,tapi kenapa tak profesional...?buat apa masa dahtar masing-masing perwakilan diberi no pendaftaran,ingatkan akan dikeluarkan kertas undi mengikut no pendaftaran perwakilan...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...