Ahad, 14 Jun 2009

Masuk je terus bg jawatan!!!!!!!-malaysiakini

Zaid Ibrahim umum join PKR dan terus dilantik menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi..

hmmm...senang je ye? Tak yah kena tangkap, kena balun, masuk lokap..
Dulu nak saman Pas dan Hudud tapi bila Umno tak suka dia terus dia blah dan masuk PKR..

Yang luka parah dalam perjuangan semakin terpinggir..
Asalkan kau bekas menteri terus kau jadi suci murni dan muluk!!

*orang umno gelak pasal yang dah expired dalam umno semua lari masuk PR! macam Fauzi rahman, jenderal2..dll


ZMP:aku tak tau nak kata pe dah............... sepatutnya yang baru masuk kena tunggu la 1 penggal baru bagi jawatan.... mau umno tak kata yang PKR umpan jawatan untuk orang depa lompat parti..

4 ulasan:

shaariman berkata...

Keluar BarisaN untuk KeAdilan wa sangat alu2kan.
Yang wa kurang senang KeAdilan yang dilaungkan selama
ni hanya disediakan untuk BarisaN baru yang '0' sumbangannya kepada parti.
Setidak2nya Scan penyakit dalaman BarisaN baru ni dan kalau
boleh dikuarantin dulu agar penyakit lama BarisaN ini tidak merebak.

Untuk menegakkan keadilan bukan mudah dan bukan
ambil masa satu malam saja.
Setidak2nya rasalah dulu macamana seronoknya bersantai
dan mandi manda kat air terjun 'Water Canon Park'.
(Aku rasa Zaid pun tak tau kat mana tempat ni...)

Jangan ada yang cakap nanti PKR ni lubuk politikus pencen atau
'scrap yard'. Seolah2 PKR tidak ada pemimpin pelapis.

Daun Kering berkata...

hai....reject shop jadinya PKR nie.

kot ye pun sblum bagi jawatan....brainwash la dulu si zaid nie.

walaupun dia ada pengalaman luas dlm pentadbiran & undang2 skalipun...PKR perlu sucikan dia dari penyakit2 berjangkit umNO...perlu sucikan dia dari rasuah, amalan kipas boss, kronism...kene educate dia tentang peri pentingnya berlaku adil pd semua, educate dia tentang sifat amanah & tanggungjawab.

tak mustahil...PKR akan jadi seperti umNO yg punyai penyakit2 kronik kalau DSAI kekal dgn dasar meringankan soal2 tarbiah & disiplin ahli2 PKR.

Tanpa Nama berkata...

Hang kena tgk dari byk perspektif zul..kalu zaid ada jawatan....usaha utk kukuhkan PR dan lawan UMNO boleh dikuatkan..kalu setakat ahli biasa..rugi la sikit..macam la ada ferari tapi tukaq enjin proton bila naik hiway..rugi tu bang!!!kalu dia perform aku yakin ahli PKR akan undi dia balik bila ada pemilihan nanti..kalu tak..aku gerenti ahli2 akan buang..lupaka zul..ahli biasa macam aku dah bole undi Presiden tak lama lagi...kalu ahli MPT perform aku undi..presiden yg asal..kalu x aku tukaq org lain..

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah....
Tuan Zaid dilantik atas koata lantikan...tak kan salah.
Pas pun lantik husam dan m.sabu untuk koata lantikan.
Bn pun lantik koh tsu kun dlm koata yg dilantik.
Ingat ada yg pegang jawatan itu terpilih dlm pertandingan...ada pula yg melalui lantikan.
Kalau zaid boleh menyumbang apa salahnya. Kehebatannya: dia tak nak bersama dgn BN. Kalau tidak dia boleh bersenang lenang sbg menteri. Bisnes pun cantek. Tapi dia cintakan kebenaran akhirnya.

oleh:waloh

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...