Sabtu, 20 Jun 2009

TGNA jumpa TGHA dan Nasa isnin ni-malaysiakini


Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di sini Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan.

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini.

Nik Abdul Aziz membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, yang dicadangkan Abdul Hadi.

Isu itu menjadi konflik perpecahan dalam Pas sehinggakan Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan anggota Parlimen Bachok jika berniat meneruskan cadangan itu.

Bagaimanapun pemimpin Umno bersikap terbuka untuk menjayakan hasrat kerajaan perpaduan itu untuk membela orang Islam di negara ini, malah sanggup menerima apa saja syarat yang ditetapkan Pas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata Pas Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap isu pemasangan sepanduk dan pungutan tanda tangan bagi menyatakan sokongan terhadap Nik Abdul Aziz yang membantah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

"Sepanduk meminta tandatangan itu bukan dari kami. Ia mungkin inisiatif individu sebab semasa kita (Pas) bermesyuarat pada Khamis lepas, Badan Perhubungan Pas Negeri tidak berbincang mengenainya (pemasangan sepanduk)," katanya.

Semalam, sebuah sepanduk dengan gambar Nik Aziz yang tertulis "Kami Tolak Kerajaan Perpaduan, Kami Berdiri Teguh Di Belakang Tok Guru" dipasang di tingkat bawah bangunan Pejabat Perhubungan Pas negeri Kelantan bagi membolehkan orang ramai menurunkan tandatangan mereka selepas mendengar kuliah di situ.

--BERNAMA


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...