Isnin, 29 Jun 2009

UMNO pengecut..-malaysiakini

Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak-dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apaapa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.

“Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

“Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Semalam Nik Aziz mencabar Najib untuk berdebat yang kononnya bagi menyelesaikan beberapa perkara seperti kerajaan perpaduan dan isu fitnah memfitnah.


UMNO parti Darat, Kuno

Istilah darat dalam bahasa Kelantan bermaksud, ketinggalan zaman, kuno, tak relevan, kebudak-budakan dan seumpama dengannya dari semua aspek. Dalam erti kata lain, sesuai untuk golongan tua yang sudah berusia, kerana senang untuk dimanipulasikan. Kalo untuk golongan muda,sorry to say lah.

Dalam erti kata lain, pemimpin UMNO terdiri daripada jahil agama dan 'darat'. Jadi tidak heran sekiranya ada daripada kalangan mereka suka membuat isyarat lucah, mencarut, memaki hamun. Kerana pemimpin UMNO terdiri daripada pemimpin yang tidak matang. Lihat sahaja video dibawah ini :


MB PAHANG


MB TERENGGANU



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

::BeDuK:: berkata...

Sdra, kalau sdra. baik dengan Anwar al-Juburi (al-Juburi adalah nama yg diberikan oleh Mat Sabu kpd Anwar sebelum dia jd kamceng semula la dlm PR) beritahulah..bila dia nak bersumpah. Najib dah tiga kali bersumpah sdra. Kalau betullah dah lama dia ditelan bumi...tapi si Al-Juburi bagi macam2 alasan taknak bersumpah kes liwat. Saya cabar sdra...kalau Anwar buleh bersumpah kat masjid, saya masuk PKR! Lepas tu dia tak pernah pergi buat Haji kan padahal dah keliling dunia dia round tu sdra.....apa cerita ni....Ada berani al-Juburi!!

Pikirlah sdra....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...