Sabtu, 4 Julai 2009

PAS JAMIN KEADILAN, KEBEBASAN DAN HAK ASASI BUKAN ISLAM-malaysiakini


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/DAPKEDAHPAS.gif







Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terdapat sedikit salah faham teknikal yang berlaku sehingga DAP Kedah mahu keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri itu.

Beliau berkata PAS memberi jaminan bertindak adil dan menjaga hak orang bukan Islam sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Katanya masyarakat bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan.

“Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling.


“Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kedah telah memberi tempoh kepada pihak berkenaan (rumah sembelihan babi) dan di situ di atas tanah kerajaan dan (telah) cari satu kawasan yang sesuai untuk pindah.

“Mungkin berlaku sedikit salah faham teknikal dan kita (PAS) harap dapat diselesaikan peringkat negeri Kedah dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Berkenaan tindakan Ahli Undangan Negeri Kedah ADUN Kota Darul Aman Lee Guan Aik yang mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali, Abdul Hadi menyifatkan konflik tersebut masalah ‘dalaman’ negeri berkenaan.

“Saya rasa itu masalah ‘dalaman’ negeri Kedah dan saya serah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri Kedah supaya dapat diselesaikan di peringkat negeri Kedah,” ujarnya.


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...