Rabu, 8 Julai 2009

Pengundi MU - Jangan Sokong UMNO

Semua orang yang berlogo dacing yang datang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Manek Urai sekarang ini berasal dari sebuah parti yang telah pun disahkan bergelumang dengan najis rasuah. Mereka menyokong penuh tanpa ragu amalan rasuah dalam kalangan mereka.

Sebab itu mereka tetap membenarkan Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka. Sebab itu mereka mengizinkan Khairy menjadi Ketua Pemuda UMNO. Kedua-dua individu ini ialah idola kepada ahli-ahli UMNO. Merekalah yang menjadi ikutanpemimpin dan ahli UMNO yang datang ke rumah anda.

Jangan sekali-kali percaya kepada perasuah. Mereka lebih mementingkan diri sendiri. Janji mereka hanya perangkap. Bila anda masuk perangkap mereka, mereka akan dapat kuasa. Ketika berkuasa itulah hak anda mereka rampas. Anda tidak akan dapat apa-apa.

Orang Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa UMNO ialah petualang bangsa.

UMNO menggagalkan DEB melalui rasuah, salah guna kuasa, kronisme, ketirisan, kebocoran, dan sebagainya.

UMNO menganiaya anak Melayu melalui PPSMI. UMNO menderhakai raja sejak dipimpin oleh presiden pertamanya.

Kini, UMNO tidak mampu dibersihkan daripada perasuah yang bermaharajalela di dalamnya. Orang Melayu tahu betapa jijiknya UMNO. Orang Melayu tahu betapa elergiknya UMNO terhadap hudud. UMNO secara keseluruhannya bertempek dengan noda dan dosa.

Orang Melayu yang cerdik telah melarikan diri daripada cengkaman UMNO. Harus diingat bahawa tidak sampai 10% orang Melayu yang masih percaya kepada UMNO menurut kajian sebuah badan bebas.

Pengundi-pengundi Manek Urai yang berpegang teguh kepada ajaran Islam benci kepada rasuah dan perasuah. Mereka tidak akan bersekongkol dengan UMNO kerana sudah maklum parti itu dipenuhi perasuah. Mereka akan menolak UMNO tetapi mengambil semua pemberian UMNO kerana yang diberi itu ialah hak mereka.

Mereka tahu pemberian UMNO tidak ikhlas. Bila ada pilihan raya baharulah UMNO muncul membawa bermacam-macam pemberian untuk tunjuk baik. Pengundi-pengundi Manek Urai tidak akan termakan dengan umpan berbisa yang dihulurkan itu.

Berikanlah sokongan anda kepada PAS. Abe Uji Ike akan memberi perkhidmatan yang setaraf dengan Paksu Wil. Tak payahlah sandarkan harapan kepada orang berkelulusan tinggi tetapi bersekongkol dengan perasuah yang hanya tahu mengisi tembolok sendiri sahaja.

"PAS FOR ALL"
"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"
UNIDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!
Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.

TAKBIR!!!


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...