Selasa, 7 Julai 2009

Umno Parti rasuah!!!!!-malaysiakini

Pengundi-pengundi Manek Urai perlu diingatkan supaya tidak lupa kepada fiil buruk yang telah mendarah daging dalam UMNO, iaitu rasuah. Rasuah ialah kawan/sahabat karib UMNO. Oleh sebab itu, hubungan antara keduanya amat akrab. Betapa sayangnya UMNO kepada rasuah boleh digambarkan melalui jenama yang diberikan oleh ahli dan pemimpin parti itu kepada benda haram di sisi Islam itu, iaitu politik wang. Penjenamaan itu "menghalalkan" aktiviti tersebut. Penilaian itu menyebabkan kegiatan rasuah memeriahkan suasana dalam UMNO.

Kita harus menerima hakikat bahawa hal itulah yang mendorong orang Melayu yang serakah menganggotai UMNO. Niat mereka masuk UMNO adalah untuk mendapat habuan yang terhidang di hadapan mata.

Maka berlumba-lumbalah mereka merebut jawatan. Lebih besar jawatan, lebih besarlah habuannya. Ada yang mampu membina istana walaupun hanya menjawat jawatan ketua UMNO bahagian. Lumayan habuannya untuk dibawa ke neraka!!!

Kini, Abe Uji Ike bertarung dengan Tuan Aziz. Tuan Aziz ialah Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai. Dia bertuankan Khairy Jamaluddin. Khairy telah disahkan oleh Lembaga Disiplin UMNO sebagai pengamal rasuah. Kita kena terima pengesahan itu. Kata orang tua-tua, "Bagaimana acuan begitulah kuihnya".

Tuan Aziz bernaung di bawah ketiak seorang perasuah. Kemungkinan dia juga menjadi perasuah amat tinggi. Mahukah pengundi-pengundi Manek Urai yang menjunjung tinggi ajaran Islam tentang jijiknya rasuah membantu menaikkan bakal perasuah?

Janganlah memperjudikan nasib anda dengan memenangkan UMNO dalam PRK Manek Urai pada 14 Julai 2009 nanti. Gunakan undi anda untuk menghapuskan rasuah sejak dari rebungnya. Kalau sudah jadi buluh Cina macam Khairy, tiada gunanya lagi.

Pengundi-pengundi Manek Urai perlu melihat track record PAS sepanjang memerintah Kelantan selama dua puluh tahun. Pernahkah wakil-wakil rakyat PAS ditangkap kerana rasuah? Tidak ada. Kita perlukan wakil rakyat yang amanah. Abe Uji Ike ialah individu yang bersekongkol dengan orang-orang yang amanah. Insya Allah dia tidak sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Usahlah membuang masa anda untuk membuat pilihan. Anda hanya ada dua pilihan. Pilih parti perasuah atau parti bersih yang memperjuangkan kemurnian Islam. Rasuah akan membawa kita ke neraka. Iman dan taqwa kepada Allah akan membawa kita ke syurga.

Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.


TAKBIR!!!


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

5 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Tuan Zul,

Kalau tak rasuah tu maknanya bukan Umno la tu. Ibarat kalau tak manis tu bukan gula la tu.

Sinonimnya Umno dengan rasuah adalah ibarat manis yg ada pada gula, masin yang ada pada garam, sinar yang ada pada cahaya, gelap yang ada pada malam... dan mcm2 lagi lah..

Umno mana boleh hidup kalau tidak rasuah. Dah menjadi dasar Umno untuk rasuah. Umno kan penaja rasuah.

Unknown berkata...

Menjana pendapatan secara on line/worldwide

http://www.incomemingguan.com/fazdi/

ahli umno zul mamak berkata...

awat ingat semua umno rasuah ka, aku ahli umno mamak macam hg la jugak zul mamak...jgn dok hina sangat umno, aku ahli umno mamak terasa..

zul mamak png berkata...

buat ahli umno mamak......... kalau benda tak betoi hang nak terasa buat apa.... kat betoi rasuah dan umno takdapat di pisahkan...... aku rasa baik la hang keluar saja dari umno... mari bersama-sama kita berjuang untuk menentang rasuah...... amcam.........

kasi pecah laaaa!!!!!!!111

Ahli UMNO Zul Mamak berkata...

apa???nak ikut hg join PKR??? khiaq tuihhh...parti hgpa lagi serabot..Fairus tak rasuah hgpa kata ada rasuah...walaupun aku tau dia memang ambik duit, sprm kawan aku..duit dia lebih setengah juta masuk dalam akaun...konspirasi terancang...dato zahrain, jamil jari 6, fauziah bini no 2 dia belagak nak mampuih, tu baru jd ahli majlis mppp..semua ni bekas umno..satu lg katak cina besar lim boon cang..dah nak dapat datok..pkr..pkr..caca merba aku tengok..macamana nak ikut..khiaaaaqqq..tuuuihhhhh

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...