Selasa, 18 Ogos 2009

Beginilah sifat calon yang UBN sukakan-malaysiakini

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa BN telah membuat semakan terperinci berhubung kes pelucutan kelayakan calonnya Rohaizat Othman sebagai seorang peguam dan mendapati ia bukan satu isu kontroversi seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat.



Memang bagi UMNO isu salah guna kuasa dan penyelewengan bukan satu isu yang besar dan memang kepimpinan UMNO sukakan pemimpin jenis ini memudahkan mereka untuk cucuk hidung dan ditarik ke mana yang mereka suka sesuka.


Rohaizat Othman memang layak untuk bertanding, tapi persoalannya kenapa dia dilucutkan kelayakan sebagai peguam. Ini kerana syarikat guamannya telah pecah amanah.

Walaupun Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mendakwa bahawa rakan kongsi calon BN Rohaizat yang berbuat demikian.


Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, jangan perbodohkan rakyat negara ini khususnya rakyat Permatang Pauh khasnya rakyat di Permatang Pasir, sebagai rakan kongsi dia tetap bertanggungjawab malah semua orang tahu kalau perniagaan perkongsian bukan seorang saja yang diberikan kuasa untuk menandatangani cek.


Memandangkan para pengundi di Permatang Pasir yang memang bijak membuat pilihan sudah tentu tahu mana calon yang hendak dipilih sebagai ADUN Permatang Pasir.


Para pengundi DUN Permatang Pasir boleh memilih samada calon BN Rohaizat Othman yang mempunyai rekod pecah amanah sehingga syarikat guamannya tidak boleh beroperasi atau calon PAS Ustaz Saleh Man yang sudah berkali-kali bertanding tapi tak pernah menang.


INSYA ALLAH KALI INI USTAZ SALEH AKAN BERGELAR YB MACAM DENGAN YB DR. MANSOR OSMAN.



TAKBIR!!!!!!!!



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



9 ulasan:

pengliporlari berkata...

salam sahabat..hang time kempen ni dok belah ni ka dok belah pulau??kot dok rumah kak minah ronggeng..

akula....lepak ngan hang kat bihun sup penamaan calon..
bgn srai mari..

hatiminda berkata...

KALAU MAHKAMAH ALLAH NANTI, PUAK-PUAK PAS DAN PAKATAN YANG AKAN MENDAPAT HUKUMAN PALING BINASA OLEH YANG MAHA BERKUASA KERANA LIDAH MEREKA SANGGUP MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM SENDIRI DAN MENGANGKAT TARAF PEMIMPIN BUKAN ISLAM YANG TERANG-TERANGAN MENENTANG ISLAM SBG SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT!!!!MENGAPA PUAK-PUAK PAS SEMAKIN BODOH SPT NIK AZIZ?

TAKEBEER!!! MEMBANGUN BERSAMANYA,,MEMANG HIDUP SIHAT DAP BERSAMA PAS

Tanpa Nama berkata...

apa beza cina MCA dengan cina DAP.nak kata DAP ni terok sangat.DAP lebih iklas dari MCA.

Tanpa Nama berkata...

umno lagi terang terangan menentang islam ooi

hamzah berkata...

Assalamulaikum dan salam sejahtera, JOM rakan rakan Pakatan Rakyat PAS PKR DAN DAP Kita kuatkan semangat dan tekat untuk kemenangan calon kita. lawan tetap lawan hingga mencapai kemenangan

kerispuaka berkata...

hatiminda belajar ugama dengan Yahudi.

PutraMerang berkata...

hatiminda ada hati dan ada minda tapi takda akal. anak aku pun tahu orang yang tolak hukum hudud, hukum yang terang-terang mesti diimani, kafir!!. tak tau lah masuk syurga ka neraka ka. apa kata majlis fatwa dalam bab ni ???. apasal takut nak keluarkan fatwa ?. aku sarankan, elok lah majlis fatwa duduk semeja dgn persatuan ulama malaysia dan berdebat tentang isu ni, once for all. tapi apalah yang boleh diharap dari majlis fatwa, dikongkek oleh pemerintah dulu kini dan selamanya. takut hilang pencen.

Tanpa Nama berkata...

terang lagi bersuluh sudah tertulis... sesiapa yg Islam menolak Islam itu sendiri adalah org munafik dan tergolong dalam golongan kekufuran... betul pe kata Nik Aziz... jangan jadikan diri itu berkuasa dari yg Kuasa.... biaq pi depa nak lelong dlm t.b yg penting mmg betui sapa yg menolak Islam itu sedangkan depa Islam kufur la dia.... mmg Nik Aziz bukan TUHAN tapi beliau diamanahkan untuk menyampaikan apa yg tertulis.... kalau dah kufur maka syurga bukan tempat mereka.... aku ni bodoh gak byk gak dosa tapi tak lah buta mcm org yang celik AGAMA tapi buta kerana KUASA DUIT PANGKAT DARJAT.

Tanpa Nama berkata...

terlajak kapal kipas pusing balik, terlajak cakap minggu depan tau la jawapannya.
cari la banyak-banyak alasan bro zahid

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...