Isnin, 3 Ogos 2009

Kg Buah Pala : Tiada operasi perobohan hari ini-malaysiakini











Kira-kira 300 orang berhimpun menyokong penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang ekoran hari ini merupakan tarikh akhir mereka diminta berpindah dari situ.

Antara mereka yang hadir ialah dari Hindraf, MIC, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO Jerit.

Sehingga ini, tiada kelihatan sebarang tanda-tanda akan berlakunya operasi perobohan rumah penduduk di situ.

Di situ, tidak kelihatan jentolak, anggota polis mahu pun penguatkuasa majlis bandaraya Georgetown.

Hari ini merupakan tarikh akhir perintah penduduk Kampung Buah Pala berpindah dari kawasan tersebut yang akan dimajukan dengan projek kondominium mewah - the Oasis - oleh syarikat Nusmetro Venture.

Pihak pemaju telah memberi tempoh kepada penduduk di situ sehingga 3 Ogos untuk berpindah sebelum 20 buah rumah di situ dirobohkan untuk memulakan projek tersebut.

Bagaimanapun, minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membatalkan kebenaran untuk memajukan kawasan tersebut dan tidak jelas sama ada pihak pemaju akan meneruskan tindakan memindahkan penduduk di situ esok.

Lebih kurang jam 10.30 pagi tadi penduduk Kampung Buah Pala telah menuju ke Komtar untuk bertemu dengan Ketua Menteri Yb Lim Guan Eng untuk menyerahkan memorendum yang telah diterima oleh setiausaha politiknya Yb Ng Wei Aik.

Jam 1.00 petang tadi Yb Ng Wei Aik telah datang ke Kg Buah Pala untuk berbincang dengan penduduk di situ.


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...