Isnin, 7 September 2009

KEPURA-PURAAN 1MALAYSIA

Seperti yang dijangkakan, media arusperdana Malaysia akan mengungkapkan pemikiran dan laporan yang dangkal serta berat sebelah, penuh dengan diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor mengenai dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor bersama penduduk Seksyen 23, Shah Alam mengenai isu cadangan perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekyen 23, Shah Alam (Opposition “tasting own medicine” oleh Alina Simon, M.Hamzah Jamaluddin dan TN Alagesh, NST 7/09/09, http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090907073422/Article/index_html)

Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun. (sila lihat video: http://wanitakeadilan.wordpress.com/2009/09/06/2558/)

Pendidikan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan yang meletakkan dasar dan pengoperasian serta amalan pemimpin yang dicontohkan kepada rakyat.

Umno-BN telah gagal mendidik sebahagian Melayu sehingga menjadi Mat dan Minah pengacau dan pengganggu ketenteraman.

Sepanjang pemerhatian rakyat, Pakatan Rakyat tidak pernah menganjur aksi memalukan yang sebegitu rupa.

Ia melewati batas hak-asasi manusia untuk bersuara dengan aman.

Seluruh dunia diperlihatkan betapa sebahagian Melayu telah bersikap kekontangan nilai, adab dan tamadun – serta membawa imej pembuat kacau, penyangak dan buli dalam satu sesi dialog yang bertujuan untuk memberi peluang setiap pihak mengemukakan pandangan dan cadangan secara beradab, sopan dan dalam keadaan tenteram.

Kenyataan PM, Najib Razak sesungguhnya telah meletakkan diri beliau setaraf dengan penyangak, pembuat kacau dan buli yang beraksi amat menjengkelkan yang menjadi contoh amat buruk bagi sekelian rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dan anak-anak.

Apakah Najib Razak akan membiarkan segolongan rakyat yang ganas perlakuannya dibiarkan tanpa sedecit muhasabah terhadap perlakuan mereka yang jelas salah dan sama sekali memalukan?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah merupakan individu paling bijaksana di akhir sesi dialog tersebut.

Beliau telah sedayanya memberi peluang semua yang ingin menyuarakan pendapat dan mengatasi segala rintangan serta memberikan keputusan yang adil kepada semua pihak.

Bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN ialah mengundang isu di tangani secara komited dan tidak membiarkan masalah didiamkan dan berlarutan berdekad-dekad.

Pakatan Rakyat akan sentiasa melakukan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan sebarang intimidasi dari golongan penyangak yang menjahanamkan kebaikan di mana-mana saja dan memecah-belahkan hubungan sesama manusia.

Keseluruhan masalah yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat adalah warisan dari Kerajaan Umno-BN dan agensi mereka yang telah melakukan berbagai kepincangan dalam pentadbiran dahulu, termasuk mengenai kuil Seksyen 19 yang telah menjadi isu.

1Malaysia Najib Razak merupakan kepura-puraan yang tidak dapat disangkal lagi dengan kenyataan beliau yang sempit itu.

Wanita KEADILAN menuntut Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk berpemikiran lebih sihat dan memberi pertimbangan yang lebih saksama terhadap semua isu yang disentuh pada setiap masa dan keadaan.

HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...