Khamis, 15 Oktober 2009

GMI tidak pernah lupa padamu :Bebaskan Shamsuddin Sulaiman dari cengkaman ISA-UMNO-malaysiakini

Dalam meniti hari-hari dimana Abah Suhaib telah berada disamping kami, isteri dan anaknya...saya tidak pernah lupa apakah nasib yang sedang dialami oleh salah seorang tahanan ISA yang ditahan dimalam yang sama dengan Abah lebih 7 tahun yang lalu.....Samsudin Sulaiman, ketika itu berusia 32 tahun, pastinya umur beliau kini telah menjangkau lebih 39 tahun!!! Sungguh lama usia dibazirkan tanpa sebarang kerja, perancangan dan seribu-satu macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang manusia yang sepatutnya bebas dan merdeka. Hanya disebabkan 'rupa' beliau dengan wajah yang dipenuhi jambang....begitu mudah media menggambarkan nya sebagai salah seorang "teroris" yang terus menerus ditahan di Kem Kamunting hingga lebih 7 tahun lamanya.

Abah sering bercerita tentang Samsudin, seorang yang pendiam dan amat menghormati perasaan teman yang lain.Saya masih ingat, ketika kami sekeluarga menikmati juadah Hari Raya di meja, dengan tidak semena-mena, Abah teringat pada Sudin@Samsudin yang bersendirian di salah satu blok tahanan di Kem Kamunting.Untuk seketika, saya dan Suhaib terdiam dan tercekik rasanya makanan yang sedang ditelan ketika itu. Apa tidaknya. Sudin adalah sebahagian dari Abah kerana mereka ditahan di malam yang sama, berada di Kem dalam tempoh yang hampir sama dan mutakhir, mereka tinggal di blok yang sama.Setiap kali kehabisan wang saku, Abah pastinya meminta aku menghantar duit lebih sedikit supaya dapat dikongsi dengan Sudin dan beberapa teman tahanan yang lain.

Saya juga agak rapat dengan bekas isteri Sudin, Pn D. Sudin dan Pn D telah bercerai tiga tahun yang lalu.Saya tidak pasti, mungkinkah disebabkan perpisahan ini, Sudin terlalu kecewa hingga beliau tidak mahu kemana-mana dan ingin tinggal "selama-lamanya" di Kem sana?

Entahlah....Saya tidak beranai membuat sebarang kesimpulan.Namun yang jelas, kini.....beliau benar-benar keseorangan ,hanya bertemankan , katil,tilam,bantal ,buku-buku dan kenangan yang ditinggalkan oleh Abah dan empat orang yang dibebaskan 15 September yang lalu....

Saya amat yakin, GMI tidak pernah melupakan beliau dan pasti akan sentiasa hi-litekan kesah Sudin ini dalam setiap aktiviti kempen anti-ISA yang akan berlangsung kelak dan dimasa yang sama, pohon doa dari kalian yang membaca blog ini supaya Allah segera membebaskan beliau dari Kem Kamunting.

blog: Ini yang aku rasa

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ditahan sebab apa?

PUTRA MERDEKA berkata...

Roket Berkawan Bulan
Orang Tengahnya Parti Keadilan
Biasanya Perempuan Bermadu Perempuan
Siapakah Perempuan Bermadu jantan

Nik Aziz Seru Berkawan Setan
Halal Dan haram Buat Ikut Dan
Siapa Perempuan Bermadu jantan
Dia lah Presiden Parti keadilan

Siapa Perempuan Bermadu Jantan
Dialah Presiden Parti Keadilan
Walau Juboq Bernanah dan Bentan
Sebab Syok Tak Boleh Tahan

Walau Juboq Bernanah dan Bentan
Sebab Syok Tak Boleh Tahan
Kalau Perangai Dah Macam Setan
Itulah Feel Itulah Amalan

Kalau Perangai Dah Macam Setan
Itulah Feel Itulah Amalan
Memang Dirancang Dalam Pakatan
Kerana Syurga Adalah Jaminan

Memang Dirancang Dalam Pakatan
Kerana Syurga Adalah jaminan
Pengundi Bagan Pinang Akan Buktikan
PAS Dan Pakatan Tersungkur Di kaki Setan...

Cu Tuk Merah... berkata...

Salam,
buat "Putra Merdeka"

Seloka dan madah,
bak kata pujangga
sayangnya hanya fitnah belaka

usung tilam nak tunjuk lagak
sayangnya tarikh main agak agak
..ayamnya tak ada...telurnya pula belambak lambak!

inilah syair ,gurindam akhir zaman
nukilan anak raja didalam taman
busuk dan pekong ,rata dicari
sebagai alat penghias diri.

Dajjal ialah kawannya sejati,
kini cctv pula dicari
kerja menfitnah sana dan sini
agar pelusuk dapat dibohongi
alkisah cerita dongeng ini...
palinglah sensasi....di abad ini!

Sri Mersing.....
Pak Malau.....
Badan langsing...sayang,
Otak melilau!

......aaaaaaaaaaaaaarrr

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...