Jumaat, 9 Oktober 2009

Isa akan gugat Mohamad Hassan ???-malaysiakini


Ramai penyokong umno/bn merasa terkilan dan meluahkan rasa tidak senang dengan perlantikan Isa Samad sebagai Calon. Penyokong tegar umno kebanyakkannya sudah tahu kesalahan besar Isa ketika bertanding merebut jawatan Naib Presiden umno pada 2005. Jika dilihat pertembungan di Bagan Pinang, boleh dikatakan 50-50 kerana orang kampung disana tidaklah segairah mana dengan lantikan Isa ini melainkan juak-juak umno sahaja. Apa yang di sajikan oleh media lidah umno hanyalah petugas-petugas umno yang datang dari luar bagi memeriahkan suasana. Kebanyakkan penduduk ditaman-taman sekitar Bagan Pinang juga memberitahu bahawa mereka masak sangat dengan perangai buruk Isa Samad.

Ramai yang menganggap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sibuk dengan tugas harian terpaksa turun dalam keadaan terdesak memandangkan Timbalan Presiden umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap datang ke Bagan Pinang. Para penduduk yang menyokong Mohamad Hasan pula dilihat tidak senang dengan perlantikan semula Isa Samad. Ada yang mengatakan kedudukan Mohamad Hassan benar-benar tergugat sekarang kerana beliau juga dikatakan tidak disenangi oleh umno pusat. Walaupun Mohamad Hassan di laporkan mempunyai skandal dengan syarikat Bumi Highway dan Selia Senggara yang banyak mendapat projek kerajaan.

Dalam pada itu kakitangan kerajaan Negeri sembilan juga terkejut dengan pencalonan kitar semula Isa Samad oleh umnobn. Malah ada dikalangan mereka merancang tidak mahu menghadirkan diri dihari pengundian 11 oktober 2009 ahad ini.

Apa yang meragukan mereka adalah tanah-tanah yang dianugerahkan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Syarikat Daerah Port Dickson telah dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat untung atas angin dengan segera sehingga menyebabkan ramai yang menjadi jutawan segera. Lihatlah Tanah Rezab Melayu berjumlah 20 ekar yang terletak berdepan dengan Pusat Gerakan BN berhampiran Marina Bay Resort Batu 6, Telok Kemang telah berpindah milik kepada bukan Melayu pada masa Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

Menurut satu jawapan yang dikemukakan Adun Lenggeng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, tanah hutan simpan dan hutan simpan kekal telah dianugerahkan kepada kroni-kroni Isa Samad. Malah tanah dasar laut pun turut dijual termasuk pulau dijual dengan lautnya sekali. Ini merupakan isu kredibiliti dan kepercayaan apatah lagi ia membabitkan elemen rasuah dalam urusan pentadbiran sesebuah negeri.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...