Assalammukalaikum dan salam sejahtera
Merujuk kepada kenyataan YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang) di dalam akhbar perdana tempatan berita harian 29 hb Sept 2009 dan kenyataan susulan yang di petik didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Sept 2009.
Kami mewakili Angkatan Muda Cabang-cabang di Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kenyataan itu dibuat di atas kapasiti individu dan tidak mewakili suara keseluruhan AMK Negeri Pulau Pinang. Tidak ada sebarang mesyuarat atau perbincangan khusus berkaitan dengan isu pengiliran ketua Menteri Pulau Pinang dibincangkan di peringkat Mesyuarat Angkatan Muda Negeri.Kami yakin ,pemimpin yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya melalui proses pemilihan berdasarkan rasis atau kaum. Proses ini hendaklah melalui proses persetujuan antara parti yang mendukungi kerajaan negeri tidak kira sama ada daripada kaum mana sekalipun. Yang pentingnya,calon Ketua Menteri hendaklah dipilih berdasarkan kebolehan memimpin, mempunyai integriti yang tinggi dan berasaskan kepada amanah serta bertanggung jawab pada rakyat negeri.
Sekiranya akhbar berkenaan dengan sengaja menyalah petik atau memanipulasikan kenyataan tersebut seperti penafian yang telah YB Yusmadi perjelaskan,maka kami mendesak agar pembetulan segera dibuat dan kenyataan yang sebenar disiarkan. Kami juga meminta agar pimpinan parti lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kenyataan atau pandangan ini mungkin disalah tafsir secara sengaja dan akhbar berkenaan perlu memohon maaf secara terbuka.
Kenyataan Bersama bertarikh 2 Oct 2009
Ketua AMK Cabang Batu Kawan
YB Ong Chin Wee
Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam
Aidi Rafizul bin Idrus
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Amir bin Md Ghazali
Ketua AMK Cabang Kepala Batas
Amizudin bin Ahmat
Ketua AMK Cabang Balik Pulau
Mohd Nadzri bin Ishak
Ketua AMK Cabang Tanjong
Mohd Shafiz Rahim Raja
Tim Ketua AMK Bayan Baru
Zulfazdli bin Md Nordin
S/Usaha Cabang Tasek Glugor
Azhar bin Mohamad
Exco Angkatan Muda Malaysia
Zulkifli bin Ibrahim
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
4 ulasan:
Syabas,
kepada semua ketua cabang PKR kerana berani dan bersepedapat dalam isu ni..
kepada sedara yus, anda seorang pemimpin muda yang bagus dan berkaliber..
dan yang penting sebarang permasalahan diselesaikan bersama
bukan tuding menuding seperti dalm umno
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Buang masa je! Kerja bodoh yang di buat oleh ketua cabang AMK PKR Pulau Pinang .
Cadangan saya ; Sepatutnya kesemua ketua cabang AMK PKR heret sekali YB YUSMADI YUSSOF buat saman kat Media arus yang di dakwa seleweng kenyataan YB YUSMADI . Ikut jejak langkah TUAN GURU NIK AZIZ dan YB Mahfuz Omar . Cara ini sahja boleh kita buat untuk ajar Media Arus Kerajaan Be End . Kalau YB YUSMADI enggan saman Media Arus Perdana , ini bermakna kata kata YB Yusmadi "ADA UDANG SEBALIK MEE KARI PINANG ."
alahai yusmadi...
kenapa nak dolak dalih...
kalau betul media putar belit...
saman saja akhbar tersebut...
bukankah anda peguam tersohor...
tetapi kalau anda tak berani saman..
maknanya betullah apa yg media kata..
Salam Semua,
Teringat...gurindam lama,
"Ingin kucapai bintang di langit....namun, apakan daya,tangan ku hulur...disambar petir!...
alahai sri mersing....aaaaaaaaarrr!
Catat Ulasan