Rabu, 23 Disember 2009

Hilang Enjin - Sebuah jawatankuasa siasatan peringkat Parlimen harus ditubuhkan

ALOR SETAR - Sebuah jawatankuasa siasatan peringkat Parlimen harus ditubuhkan segera bagi menyiasat kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E untuk memastikan siasatan telus dan diyakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa itu bukan sahaja berperanan untuk menyiasat dari semua aspek, tetapi juga akan diminta mengkaji tahap keselamatan negara, termasuk Kementerian Pertahanan.

“Saya akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat ini untuk mencadangkan penubuhan jawatankuasa ini. Oleh itu saya minta kerjasama beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul ini dibahaskan segera,” katanya.

Mahfuz berkata, jawatankuasa ini boleh menyoal siasat sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan kes terbabit, termasuk pemimpin peringkat tertinggi kerana dipantau oleh Parlimen, yang merupakan sebuah badan bebas.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan patut didedahkan kepada umum supaya pihak yang bersekongkol tidak dilindungi dan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya mempersoalkan tentang tahap ketelusan integriti kerajaan, yang memberi jaminan siasatan yang dibuat telus hanya setelah kes ini terbongkar. Seolah ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan umum,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas turut mempersoal kewibawaan Kementerian Pertahanan yang hanya dapat mengesan kes ini setelah hampir tiga tahun berlaku.

“Ia satu tempoh yang lama untuk kita mengesan kehilangan sesuatu yang bernilai. Saya kira orang yang harus dipertanggungjawabkan dalam kes kehilangan enjin ini ialah Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera ketika itu. Jika benar-benar telus, jangan tutup kelemahan pentadbiran ketika itu yang membuktikan kegagalan pengawasan keselamatan ATM dan pertahanan negara,” katanya.

Mahfuz berkata, tahap keselamatan negara amat diragui memandangkan sudah beberapa kali berlakunya insiden yang mengancam keselamatan negara.

“Jika enjin pun boleh hilang, tidak mustahil kelak jet Sukoi pula diseludup pihak tertentu. Ini menunjukkan aset negara perlu sentiasa dikawal rapi sebagai langkah keselamatan serta bersiap sedia dengan ancaman luar,” katanya.

Kementerian juga disaran supaya lebih peka dan bertanggungjwab kerana isu keselamatan negara suatu isu yang serius dan tidak boleh diperlekeh pihak tertentu.

“Pada masa kita mahu memantapkan aspek pertahanan dengan penggunaan kapal selam, kita tidak boleh lagi memandang ringan isu-isu kecil seperti kem diceroboh atau aset keselamatan dicuri,” katanya

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...