Sabtu, 19 Disember 2009

Hj. Hadi dan Nasha masih menaruh harapan???


Presiden PAS dan Timbalannya turut hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2009/1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya semalam.

Atas kapasiti apa kedua pemimpin pencetus idea kerajaan perpaduan itu hadir pada majlis tersebut? Jika atas dasar mereka ahli parlimen, mengapa tidak nampak pun Ketua Pembangkang atau ahli parlimen pembangkang yang lain? Jika kerana mereka ini Presiden dan Timbalan Presiden PAS, mengapa dahulu UMNO tidak sibuk pun hendak menjemput mereka?

Mungkin kerana pihak UMNO masih boleh menaruh harapan kepada kedua-dua pemimpin PAS ini. Bagi Presiden PAS dan Timbalannya pula , mungkin mereka berdua juga sudah menjeling kerusi-kerusi para menteri dan menaruh harapan kerusi-kerusi tersebut akan dapat mereka duduki nanti satu hari nanti.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

9 ulasan:

adam berkata...

wahai manusia munafik!

TGHA dan Ustaz Nasha hadir kerana meraikan Dr. Yusuf Al-Qardawi! Antara syarat Dr Yusuf utk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah ialah dgn kedatangan Tok guru. Kerajaan Malaysia terpaksa menjemput tok guru sekali! ini satu pengiktirafan dari ulamak sedunia iaitu Dr. Yusuf terhadap tok guru hadi!

Celakalah anda wahai munafik yg cuba memecahbelahkan kesatuan jemaah!
CELAKA! CELAKA! CELAKA! segala puak munafik dalam PAS!!!!

adam berkata...

petikan dari forum http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4752&postdays=0&postorder=asc&start=15

Kehadiran TGHH dan Ust.Nasa ke majlis sambutan Maal Hijrah adalah sebagai syarat Dr Yusof Qardawi menerima anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia.

itulah pengiktirafan Dr Yusuf Qardawi kepada TGHH, TGHH pula menerima jemputan Kerajaan malaysia kerana meraikan Dr.Yusof Qardawi . Tidak pernah sebelum ini TGHH meninggalkan kuliah jumaat di Masjid Rusila sekiranya beliau di Malaysia, kecuali sakit dan bermuktamar dan hari ini adalah sebab ke-3 kenapa kuliah beliau diganti dgn org lain.

Oleh itu tidak timbul soal UG atau tak UG.
---------------------------
satu dunia yg memahami bahasa melayu membaca fitnah jahat anda kepada TGHA dan Ustaz Nasha! harap sempat bertemu mereka utk meminta maaf!

hussin berkata...

"Kehadiran TGHH dan Ust.Nasa ke majlis sambutan Maal Hijrah adalah sebagai syarat Dr Yusof Qardawi menerima anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia."

syarat maa. lagipun, janganlah cepat melatah. ada kebarangkalian tak, depa suruh dr yusof qardawi letakkan syarat agar kedua2 pihak terlepas dari "pertemuan" yang diatur? macam2 boleh jadi maa...

hussin berkata...

ralat,

syarat maa. lagipun, janganlah cepat melatah. ada kebarangkalian tak, depa suruh dr yusof qardawi letakkan syarat agar kedua2 pihak terlepas dari TOHMAHAN "pertemuan" yang diatur? macam2 boleh jadi maa...

hussin berkata...

mungkin bertemu untuk bincang pasal konvensyen pr hari ni... nak dapatkan idea. pemimpin2 pas ni memang ketandusan idea... guarantee punye!

Istiqomah berkata...

Kadangkala betul juga apa yang umno cakap perihal tentang penulisan blogger. Bukan semua tulisan boleh pakai dan sesetengahnya lebih 'buruk' dari berita yang keluar dari suratkhabar Utusan.
Jangan terlalu jumud berfikir...

MC_Shaharul berkata...

ape masalahnye dtg ke program tue,x fhm tul la bloger2 nie,x abis2 nk memfitnah,keje nk hentam org jer..

Tanpa Nama berkata...

mmg sah blog ini sebahagian daripada kumpulan yg ingin jatuhkan TGHH dan Ust Nasha.

Tapi aku pelik, kenapa adanya modus operandi sebegini?

Banyak kali juga aku terfikir, apakah kerana TGHH dan PAS dilihat sebagai penghalang pihak-pihak tertentu untuk menjadi hero dalam Pakatan Rakyat?

kalau kita fikirkan dgn akal yg waras, Fitrah manusia yg mempunyai kepentingan peribadi yg jahat, "JIKA INGIN BERADA DI ATAS, MEREKA AKAN JATUHKAN ORG YG BERKEBOLEHAN DI SEKELILING MEREKA".

Semakin lama aku "baca" telahan para blogger sekarang, ramai yg hanya mencari glamor utk raih publisiti.

Dengan kata lain, sbb lihat org lain ada blog, merasakan diri perlu ada juga blog sendiri padahal ilmu kupasan isu semasa zero. Yang pandai hanya mensensasikan isu (setakat copy+paste). paling teruk, berbuat fitnah jahat yg membelakangi agama dan akal yang waras.

Sudah2lah. korang yg suka nyalakan api fitnah ni, tak senang hidup betol korang dgn org lain. konon sayangkan parti.

jgn jadi seolah2 isteri "Quent Control" terhadap suami. Siapa kamu nak aturkan pergerakan orang lain. padahal org tu bukan sebarangan org. bahkan Presiden pergerakan parti yg besar.

Jgn terlalu cepat melatah, tunggu atau bertanya tuan empunya diri perihal sebenar.Jgn hanya jadi berani dlm kandang sendiri tapi bacul di luar.

Kalau tak keluar komen ni, bermakna anda bacul tapi kalau anda siarkan, terima kasih.

Aku tegur ko sbb sayangkan ko jadi org tak pandai berjamaah. sama sangkaan ko tegur pimpinan sbb sayangkan parti. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

woi munafik celaka al-hussein!

sungguh CELAKA pemikiran hang!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...