Selasa, 22 Disember 2009

Skandal Enjin Jet Hilang: Letak Jawatan Jika Najib bermaruah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak didesak agar meletakan jawatan kerana beliau bertanggungjawab di atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 2007.

Ketua Penerangan Pas pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kehilangan enjin itu sesuatu yang serius kerana melibatkan keselamatan negara.

Menurutnya, Pas sejak dahulu lagi amat meragui kepimpinan Najib bukan sahaja dari aspek pengurusan negara beliau tidak serius tetapi juga imej peribadinya turut sama terpalit dengan pelbagai skandal yang sehingga kini meluat dengan Presiden Umno itu.

“Jika hal seperti keselamatan pun Najib tiada keazaman politik untuk mengendalikannya, bagaimana beliau mahu memimpin negara ini,” katanya yang kesal dengan kecuaian Najib.

Najib Razak ialah Menteri Pertahanan sejak tahun 1999 sehingga April 2009 dan kehilangan jet itu berlaku pertengahan tahun 2007 tetapi hanya di sedari pada bulan Mei 2008.

Berkaitan dengan siasatan pihak kementerian berhubung perkara itu, Idris dengan tegas menyatakan perkara itu hanyalah sia-sia.

"Siasatan ialah siasatan tetapi saya yakin rakyat langsung tidak mengharapkan suatu keputusan yang telus daripada siasatan itu kerana hanya 'ikan bilis' sahaja yang akan dibicarakan manakala 'jerung' terus bebas seperti yang berlaku dalam kes Projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)," katanya.

Idris menambah, di negara-negara maju, jika seseorang presiden atau Perdana Menteri seperti dalam kes ini, beliau akan meletak jawatan dengan segera tanpa menunggu demonstrasi aman dari kalangan rakyat sebagai memikul tanggungjawab sebagai seorang negarawan.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, Pakatan Rakyat menuntut satu siasatan luar kementerian diperlukan seperti Suruhanjaya Siasatan Di Raja selain Jawatankuasa Siasatan di bawah seliaaan Parlimen.

Beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat memberitahu, siasatan dalaman oleh pihak kementerian hanyalah plastik dan sifat kepura-puraan rejim BN kerana kaedah seperti itu amat diragui.

Beliau mengambil contoh bagaimana siasatan Setpol Najib, Shafie Abdullah, sebelum ini berkaitan Kes Rasuah semasa pemilihan Umno kekal didiamkan dan tiada tindakan susulan sehingga kini berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Menteri Pertahanan ketika ini, Ahmad Zahid Hamidi bahawa kehilangan Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlaku pada tahun 2007 dan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

2 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bagi saya tidak salah pihak tentera Malaysia TUDM menjual injin/enjin pesawat( barang lusuh/rosak/scrap)di luar negeri.Kerajaan 1 Malaysia mempunyai kewangan yang kukuh untuk beli injin/enjin pesawat yang baru .Bagi saya RM 50 juta X 2unit berapalah sangat bagi kerajaan 1 Malaysia . Perbuatan menjual besi buruk (injin/enjin)adalah perkara yang baik dari disimpan bertahun tahun . Kalau diperbaiki injin/enjin tersebut mungkin akan mengundang musibah jet perjuang akan jatuh terhempas dan akan kehilangan nyawa pula .NILAI NYAWA LAGI BERHARGA. So dari jadi bahan simpan (elak pembaziran) ,elok TUDM menjualkannya dan wang jualan tersebut boleh TUDM buat kolam renang,tapak main tennis, baiki kerosakkan surau di TUDM, DLL.

ZUL MAMAK PNG balaci DAP berkata...

dah INSAF ka?
awat sengap?
hang habaq mai 'how DAP invaded Penang'?
sekali dengan hang kena 'invade'.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...