Rabu, 2 Disember 2009

Tarik balik akuan bersumpah : Bala Ditawarkan RM5 juta ???


PUTRAJAYA : ‘Ditawarkan RM5 juta kepadanya agar menarik balik akuan bersumpah selain pasport beliau selama lima bulan dirampas serta keselamatan keluarga terancam hampir setahun’.

Itu antara bukti terbaru yang dihantar oleh Angkatan Muda PKR ke SPRM hari ini yang menuntut mendesak Najib Razak segera disiasat memandangkan wujud bukti baru yang mengaitkan Perdana Menteri itu dengan kes pembunuhan Altantuya Shariibu.

Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, affidavit yang dihantar itu turut disertakan dengan rakaman perbualan Penyiasat Persendirian, Bala Subramaniam dengan peguamnya, Americk Sidhu yang antara lain menyatakan pembabitan adik Najib, Nazim Razak.

Menurutnya, penafian Najib sebelum ini secara konsisten memberitahu rakyat bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu menimbulkan kesangsian rakyat.

“Pengakuan Bala kepada peguamnya bahawa beliau pernah bertemu dengan adik Najib, Nazim Razak semasa kehilangan beliau membuktikan Presiden Umno itu ada kaitan dengan Altantuya yang mati di bom,” katanya kepada erapakatan.com sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga seorang peguam mendesak agar siasatan segera dijalankan oleh SPRM jika badan itu benar-benar telus dan jujur kepada rakyat.

Beliau turut mendesak Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet segera responsif dengan pendedahan bukti terbaru bos mereka itu kerana dakwaan baru Bala Subramaniam itu mampu menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri yang sepatutnya memiliki akhlak yang baik kepada rakyat dan kabinet yang dipimpinnya.

Bala Subramaniam Perumal, penyiasat persendirian yang dipuah oleh Razak Baginda sebelum ini dikatakan ‘hilang’ sehari selepas membuat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib Razak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.

Beliau selepas itu cuba disembunyikan dengan berkelana dari satu negara ke negara lain selain ditawarkan wang yang antaranya 100,000 Rupiah India, Dolar Hongkong dan jutaan ringgit dalam tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Abdullah Badawai kepada Najib Razak.

Beliau mula menggemparkan negara ini apabila rakaman temuramah beliau muncul di laman You Tube dengan pendedahan terbaru termasuk menceritakan secara terperinci bagaimana bekas anggota Polis itu dipindahkan dari satu negara ke negara lain kira-kira setahun.

Antara negara itu ialah Singapura, Thailand, Nepal dan India termasuk memasuki sempadan Malaysia sebanyak tiga kali tanpa pemeriksaan Imigresen.

Turut terlibat sepanjang ‘kehilangan’ beliau ialah Deepak yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansur yang juga Isteri ke dua Najib.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...