Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee berkata, keadaan parit yang tidak diselenggarakan sejak lapan tahun lalu menimbulkan masalah kepada penduduk kampung kerana sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat.
Menurutnya, keadaan parit yang terbiar bukan sahaja dipenuhi semak-samun, malah hanya tinggal kesan parit dan keseluruhannya hampir tertimbus menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.
Maktar berkata, masalah itu diselesaikan dalam masa seminggu melalui inisiatif yang diambil Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap.
“Tindakan segera kita ambil dengan segala kos mengorek dan mendalamkan parit itu ditanggung Pusat Khidmat kita kerana tidak mahu masalah yang sering menyusahkan penduduk dibiarkan berlarutan.
“Kita harap penduduk dapat hidup dalam keadaan selesa dan tidak lagi bimbang dengan masalah yang sering berlaku sebelum ini,” katanya.
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan