Isnin, 18 Januari 2010

Dua lagi mayat mangsa Perahu Naga terbalik ditemui



PULAU PINANG: Mayat dua lagi pendayung perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling Air Itam telah di temui,mayat pertama Goh Yi Zhang, 15, ditemui mati lemas di kawasan perairan Tanjung Marina kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian pada jam 8 pagi tadi.

Manakala Mayat seorang lagi pendayung, Brandon Yeoh, 17, ditemui berhampiran Pangkalan Raja Tun Uda 12 tengahari ini.

Mereka adalah antara 18 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Air Itam di sini yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa pertengahan tahun ini.

Beliau bersama lima rakannya dan seorang guru dilaporkan hilang apabila bot perahu naga yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak di sini pagi semalam.

Gerakan mencari 2 lagi pelajar yang hilang Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17 masih diteruskan.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...