Jumaat, 22 Januari 2010

Lagi Wakil rakyat BN ponteng????


KUALA LUMPUR : Mungkinkah budaya ponteng dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) adalah tabiat mereka atau pun wujudnya suatu bentuk protes berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak secara halus?

Jika dalam tragedi 14 Disember tahun lalu menyaksikan sejumlah besar Ahli Parlimennya (MP) ponteng di Parlimen, situasi itu nampaknya gagal dijadikan iktibar oleh mereka. Sama ada kejadian itu disengajakan atau mereka buat-buat lupa, tidak pula diketahui.

Terbaru, tiga MP BN ponteng lagi dan kali ini melibatkan lawatan pemimpin luar negara yang gagal mereka sambut sehingga menyaksikan pemimpin dari Korea itu menyindir sikap berkenaan.

Ketiga-tiga MP itu ialah MP Pulai, Nur Jazlan Mohamed; MP Sabak Bernam, Abd. Rahman Bakri dan MP Putatan, Marcus Mojigoh yang sepatutnya hadir mewakili BN untuk menyambut kunjungan hormat Naib Speaker Parlimen Korea Selatan, Moon Hee Sang di Parlimen semalam.

Malah, Moon Hee Sang turut memuji kehadiran MP Pakatan Rakyat (PR) seperti yang diakui oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

"Lebih memalukan, ketiadaan wakil BN itu dipersoalkan Hee Sang kerana hanya wakil pembangkang sahaja yang hadir iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Loon.

"Ia menjadi ketara kerana rombongan Korea Selatan itu terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang," tegas Kiandee.

Dalam kejadian ponteng Parlimen pada 14 Disember tahun lalu, sejumlah 74 daripada 137 MP BN ponteng di Dewan Rakyat yang menyaksikan Bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi.

Undi kemenangan BN itu termasuklah melalui bosnya, Najib Razak bersama timbalannya, Muhyiddin Yassin yang hadir dalam keadaan tergesa-gesa pada malam tersebut.

Lebih menarik, MP PR berjaya mencatatkan kehadiran 78 peratus berbanding BN hanya 48 peratus.

Turut ponteng pada malam pengundian itu ialah sejumlah besar menteri bersama timbalan menteri.

Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk negara Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri boleh digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.

Selepas peristiwa itu, Najib kononnya mahu menghukum 'anak buahnya' yang ponteng itu, namun sehingga kini tindakan itu gagal dilaksanakan.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua MP Pulai, Nur Jazlan Mohamed dan MP Putatan, Marcus Mojigoh ponteng selepas sikap yang sama ditonjolkan pada sesi Dewan Rakyat, 14 Disember lalu.erapakatan

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...