GEORGETOWN - Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rumit apabila beberapa pemimpinnya di negeri ini dihebohkan dikatakan akan meninggalkan parti itu.
Tanpa memberi alasan khusus mengenai punca khabar angin itu, beberapa sumber yang ditemui mengakui mendengar desas desus berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Mereka mendakwa, pemimpin yang terlibat termasuk beberapa wakil rakyat. Ketika diminta mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa, itu mungkin satu lagi 'projek' Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tak pernah dengar khabar angin ini. Ini mungkin satu lagi projek Barisan Nasional. Perang saraf untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat kes mahkamah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).... that is my comment (itu komen saya). Tq (terima kasih).”
Itulah jawapan Choo Kiang yang juga Exco Kerajaan Negeri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) setelah beberapa kali panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.
Menurut sumber, ada dalam kalangan pemimpin PKR negeri terasa kecewa kerana dipinggirkan daripada arus perdana parti walaupun banyak berkorban dan mencurahkan keringat untuk kemajuan dan kekukuhan parti selama ini.
“Saya tidaklah berani mengesahkan perkara itu tetapi berdasarkan cerita dari dalam parti memang ada perkembangan yang menarik dalam PKR. Kita hanya perlu tunggu sedikit masa lagi.
“Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Hari ini jadi kawan, esok jadi lawan. Hari ini dalam parti, esok dah keluar parti. Semalam jadi ahli biasa, hari ini dah jadi pemimpin atasan.
Dalam politik semuanya mungkin. Jadi saya tidak hairan dengan apa yang dijangka berlaku. Dengar-dengar semuanya boleh dilihat menjelang Tahun Baru Cina iaitu kira-kira dua minggu lagi,” kata sumber itu.
Usaha menghubungi beberapa pemimpin PKR yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu melalui telefon tidak berjaya. Ada yang mematikan ter:us telefon bimbit meskipun mereka sebelum ini amat mudah dan pantas menjawab panggilan telefon. Tidak kurang juga yang membiark:an telefon berdering tanpa dijawab.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, antara yang mematikan telefon bimbitnya menyebabkan usaha untuk mendapatkan komen beliau sejak pagi semalam, gagal.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula membiarkan telefonnya berdering tanpa berjawab.
Turut tidak menjawab panggilan, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Datuk Zahrain perlu bertobat
"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.
"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.
"Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir," katanya.
Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional.
Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.
NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
1 ulasan:
itulah signal apabila seseorang kalangan yang melompat parti.mencari alasan yang tak masuk akal.
Catat Ulasan