Sehubungan itu, ketuanya, Amir Haji Ghazali mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain yang terus memburuk-burukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menggesa Zahrain menarik semua kenyataan negatif dan tuduhan melulu terutama terhadap Anwar.
"AMKPP kecam kenyataan Zahrain dan memohon beliau menarik balik semua kenyataan dan kemaafan demi kebaikan parti dan keharmonian Pakatan Rakyat serta meminta pucuk pimpinan parti agar segera menghadapkan beliau ke Lembaga Displin parti," ujarnya.
AMKPP juga, katanya kesal dengan tindakan yang seolah-olah bercakap bagi pihak Umno dan BN apabila setiap hujah yang diutarakan seperti menuduh Ketua Menteri diktator dan chauvinis selari dengan modal yang selalu dicanangkan oleh Umno dan BN.
Sedangkan, ujarnya Lim Guan Eng telah banyak melakukan perubahan yang adil demi rakyat sekaligus menghapuskan survival politik perkauman dan kronis yang hanya menguntungkan dua tiga kelompok apabila memperkenalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat khususnya di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan AMKPP, Rizal Hamid berkata, pihaknya memberi sokongan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan parti terutamanya Anwar untuk meneruskan agenda membebaskan Malaysia dari kerakusan regim Umno dan BN.
Katanya, semua itu penting kerana perjalanan menuju ke Putrajaya tidak mudah sepertimana yang disangkakan jika tiada sebarang usaha atau kerja kuat.
"Sekarang ini kita harus tumpukan pada gerak kerja menumbangkan BN kerana tanpa usaha itu sukar untuk menuju ke Putrajaya. Perancangan amat penting kerana semangat saja tidak memadai bagi memastikan agenda besar tercapai,” ujarnya./harakahdaily
NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
1 ulasan:
dulu bukan mereka kah yang menganyang si fairus.termasuk blog ni juga.gambaq tkm1 diterbalik juga.banyak blog buat macam tu.kali ni patut terbalik juga gambar zahrain.kenapa tidak dibuat???
hentam sama sama elok juga beri umno/bn senapang dan peluru.baru memerintah 2 tahun masing-masing dah tunjuk perangai.
kawasan bayan baru dan sekitarnya juga bahaya untuk pilihanraya akan datang.rakyat dah beri peluang ,bukan untuk buat hal yang bukan-bukan.
blogger pula hebat-hebat belaka.boleh hentam ..hemtam tak tentu hala.bukan kita tak boleh hentam...peranan tu biar tv3 dan kerajaan bn/umno buat sudah.kita turut sama hentam.kononnya kadilan.....ha...ha...ha....orang umno dok berguling-guling buat masa ni...nak gelak pun ada mereka buat masa ini.
berjayanya mereka menguasai minda blogger yg tolong bantu meratah pakatan..
Catat Ulasan