Jumaat, 1 Januari 2010

Y.Bhg. Ustaz Haji Elias bin Haji Zakaria dilantik sebagai YDPMAINPP yang baru


GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Elias Zakaria, sebagai Yang Di-pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa esok.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan hari ini, turut mengumumkan pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Salleh Man sebagai Timbalan Yang Di-pertua MAINPP dan 13 lagi ahli MAINPP.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan itu berkata, pelantikan terbabit sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Seksyen 11 (1)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Katanya, kerajaan negeri mencadangkan beberapa individu yang layak menganggotai majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Malik berkata, lima daripada 13 ahli MAINPP dilantik sebagai ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman; Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Datuk Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus; Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.

Manakala lapan yang dilantik sebagai ahli biasa.

Sementara itu, Elias, 53, berharap beliau akan mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Pulau Pinang dalam usaha membangunkan umat Islam di negeri itu.

"Ini adalah amanah yang diberikan kepada saya dan saya akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau yang menerima surat pelantikan itu pada Isnin lalu pernah menjadi ahli MAINPP selama 10 tahun iaitu dari 1998 hingga 2007. - Bernama


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...