UMNO memang bacul dan tiada maruah apabila dengan biadap telah mengoyakan surat jemputan debat yang telah di hantar oleh pemuda pakatan semalam.
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.
3 ulasan:
Salam.. macam teman kabo kat blog teman laa..
menteri umno pun berbuih mulut debat dengan Pak Sheikh..
p/s: mai tukaq2 link ok ka?
salam to all..
cuma bagi projek kat diorang(kontraktor) agak2 diorang koyak x..
Salam ZUL!!!!
Salam ziarah tuan empunya blog,
saya baginda® ada buat blog baru,
kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..
Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..
Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...
Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
Sekian...
Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..
sila ke link Berita Hairan Online..
http://beritahairanon9.blogspot.com/
Catat Ulasan