Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 5 Februari 2010

Kerajaan PR PULAU PINANG pembela nasib orang ISLAM dan MELAYU

PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

6 ulasan:

Wee Phak Yew berkata...

Haiyaa...!
Gua ingat itu Penang punya melayu manyak malas kelija maa,di orang tau mau komplen hari2 sama mau enjoy saja.Itu pasal la dia orang sekarang banyak susah.Dia orang punya boss pun sekarang manyak sibuk maa,hari2 mau turun naik court maa,mana ada masa mau kasi tolong sama itu Penang punya Melayu.Gua ingat itu Penang punya melayu sudah kena hantam belakang sama macam itu Saipul maa...tapi gua mannyak kasian sama itu Penang punya melayu lohhh...apa mau buat??

nanamerican berkata...

melayu (umno) penang bagi cina kaya lepai tu minta duit tak payah usaha dak ni yang mamak-mamak belukang dok kalut awatnya semua akai padekei...

Tanpa Nama berkata...

salam to all..

melayu penang rampai yang jd megampu.tu sebab jadi macam tu.yang berniaga tak nak berusaha cuma nak harap bantuan.kata sehari untung 6 ribu.kalo kira balik dalam sebulan tolak semua kos beli barang.boleh pe beli tanah pas tu bangun kan gerai baru.sedar la wahai melayu penang jangan la rasa diri tu hebat .jangan la harap bantuan je.usaha la.baru bangsa kita leh maju n lawan ngan bangsa lain dari segi ekonomi.ni jadi beruk pinjam kata khairy jamaludin.p buat demo.malu aku tengok bangsa sendiri jadi macam ni semata kata kerajaan png tindas melayu...

anak melayu balik pulau..

Pejuang Bangsa berkata...

nak termuntah baca artikel pencacai Guan Eng diktator !!

mungkin hang tak kenal lagi kot perangai diktator itu macaman ..haha

memang bodoh betul ada org Melayu mcm hang di PP . Peniaga Melayu ditindas ,gerai mereka dirobohkan mcm Zionist ..hang masih dok jadi pengampu kuat Guan Eng lg ..hahaha

di Prmtg Pauh sendiri pun dlm kawasan Anwar Al Juburi , gerai peniaga buah orang Melayu di Jalan prmtg Pauh pun dirobohkan kerajaan zalim ini ..

Apa pKR dan PAS buat utk tolong orang Melayu ???? setakat peruntukan ini semua ada boleh bantu mereka ini yg ditindas ka ??

Kalau gerai mereka dirobohkan, mana lagi tempat depa nak cari makan ??

Tinta Hitam berkata...

Sil layari blog saya atas isu yg sama

http://tintahitammy.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Yg heran ibrahim ali tak malu ke, kata dia lah orang yang bercakap benar tidak berpihak untuk melayu tapi dah terkantoi. ingatkan orang melayu punya warong saja kena roboh rupanya warung cina lagi banyak kena robah dari orang melayu. mereka tak bising pun. ini kes melayu betul-betul malas la ni, ikut perangai UMNO taunya rasuah bagi makan anak bini.
kalau melayu saja kena roboh bole la nak demo ini 1 malaysia kena roboh. maknanya tak de isu lah. melayu UMNO je lebih-lebih nak publisiti. peerahh.