Kenyataan Khairy Jamaludin tentang kerajaan Negeri Pulau Pinang "menghina agama Islam jika tidak mengadakan perarakan Maulid" menggamit rasa saya untuk memberikan sedikit nasihat kepadanya.
Saudara Khairy,
Saya menasihatkan anda supaya berfikir dan melihat sekeliling, dibelakang dan di hadapan sebelum menulis atau berkata-kata. Kerana kata-kata yang tidak cermat akan mendatangkan implikasi yang tidak baik buat anda.
Saya setuju dengan tulisan saudara bahawa kita harus memperlihatkan kecintaan kita kepada RasuluLLah. Benar, memang benar, saudara memang pintar. Saya rasa pemuda UMNO bertuah berketuakan anda.
Namun saya katakan, berarak hanyalah satu dari menifestasi kecintaan itu. Ia tidak bermakna sama sekali jika kita tidak menuruti seluruh ajaran RasuluLLah. RasuluLLah menyuruh kita solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Dalam masa yang sama RasuluLLah mewajibkan hudud dan qisas. Hudud dan qisas adalah hukum mandatori Islam. Maka adalah lebih sempurna jika kita dalam masa berarak sakan, jalankan semua perintah RasuluLLah itu. Jika kita hanya berarak tetapi menolak hudud dan qisas, tidaklah lengkap namanya.
Anda memperlekehkan Pulau Pinang. Namun anda lupa kuasa ALLah Taala. ALLah Taala menjatuhkan hukum tunai kepada anda. Tidak sampai tujuh hari kerajaan Pahang, Johor dan Perlis tidak mengadakan perarakan.
Apakah anda mahu berkata Pahang, Perlis dan Johor juga menghina agama Islam?
Namun semua negeri itu ada muftinya. Apakah mufti Johor, mufti Perlis dan mufti Pahang merasakan mufti Pulau Pinang tidak menganggap LGE menghina Islam?
Saya dengan ikhlas menasihatkan anda supaya berfikirlah sebelum menulis. Anda kelihatan keseorangan dalam memberikan komen tentang perarakan maulid ini. Macam sepi sahaja komen anda tidak riuh orang menyambung dan menokok tambah.
Ini hanyalah nasihat ikhlas dari saya seorang rakyat Malaysia kepada anda.
Wassalam
Oleh: shahil
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
4 ulasan:
2004,2005,2006,2007, tak buat pun perarakan bila PR menang suk terhegeh nak buat perarakan 2008 nak tunjuk kekuatan umno,bukan ummah lagi pun berdeah kecil.dunia arab,mekah negara oic tak berarak pun.2009 pun nak buat,tahniah kerajaan pulau punang ,buat majlis ilmu 3 hari berturut turut bukan macam umno ,lepaih ketua rasmi ,dapat nasi daging sorang sebungkus lepaih tu blah.....
umno oh umno
macam mana kamu umno
macam mana aku tak umno
keturunan aku mamang umno
salam ziarah boleh tlog linkkan blog..bandar@tasek@mutiara....httpbtmmari.blogspot.com
tu la kalau beria-ia sangat nak jadi ketua pemuda. maka jadi la tuan ketua pemuda pekak
Tremendous brief, buy generic cialis.
Generic Cialis is the sort respect of the hallucinogenic whose active ingredient is Tadalafil. Orally administered in the form of tablets,
Base Tadalafil is cast-off concerning the treatment of erectile dysfunction (ED) in men.
Catat Ulasan