Surat Untuk Norman Zahalan Pemuda UMNO Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang En Ramlan Ishak
Surat Rizal Faris Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang En Mazri Mahmood
klik gambar untuk paparan lebih jelas
Pagi tadi Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang diketuai oleh YB Yeoh Soon Hin ( DAPSY ) , Sdr Amir Ghazali ( Ketua AMK PP) serta Ust Yusni Mat Piah ( Ketua DPP) bersama hampir 200 pemuda pakatan telah menghantar surat jemputan kepada Sdr Rizal Faris YDP DPMM dan Sdr Norman Zahlan Kedua Pemuda UMNO P.Pinang.
Dalam surat tersebut, Pemuda Pakatan mencabar mereka untuk berdebat mengenai isu tersebut dengan tajuk " ISU MELAYU - ISLAM PULAU PINANG : ANTARA PROVOKASI & KEBENARAN " pada 7 Mac depan di tapak ekspo Seberang Jaya.
Sementara itu dalam 1 sediang media sebelum menyerahkan surat-surat tersebut Ketua Pemuda Sosialis DAP ( DAPSY ) YB Yeoh Soon Hin berkata yang DAPSY Pulau Pinang menyatakan hasrat penuh untuk bersama-sama AMK PP dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk menyertai debat dengan Sdr Rizal Faris (DPMM ) , Sdr Norman Zahlan Ketua Pemuda UMNO PP dan Sdr Jais Presiden GPMS.
'Walaupun debat ini berkaitan dengan isu Melayu-Islam di Pulau Pinang namun kami tidak nampak ia sebagai isu Melayu- Islam sahaja malah merupakan isu-isu kepentingan ramai.' katanya lagi
Serangan yang bertubi-tubi terhadap Kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa Pakatan menindas orang Melayu atau menjahanamkan Islam adalah tidak berasas sama sekali.
Rakyat boleh lihat dengan mata sendiri untuk tujuan apa Rizal Faris dengan UMNO bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan adalah kerana untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden DPMM supaya tanpa disedari orang ramai betapa gagalnya beliau sebagai Ahli Majlis MPPP untuk membincangkan isu penjaja atau peniaga melayu dalam mesyuarat bulanan atau dalam mesyuarat jawatankuasa MPPPdengan rekot kehadiran yang hampa sekali.' ujar YB Yeoh lagi.
Kita Bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk berdepan dengan Rizal Faris , Jais dan Norman Zahlan dalam Debat Perdana yang bakan berlangsung pada 7 Mar nanti.
Adakah Rizal Faris serta konco-konconya berani untuk berdebat debgan kita????
Adakah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak menjaga kepentingan rakyat jelata tanpa mengambil kira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik????
Adakah Melayu dan Islam terpingir dalam pentadbiran Amal Ma'ruf Nahi Mungkar???
Biarlah Debat Perdana untuk menjawab segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan