Isnin, 1 Februari 2010

PKR Selangor menyokong cara kepimpinan Lim Guan Eng - TS Khalid


Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan sokongan penuh parti itu terhadap corak pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disebalik kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru dan PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain yang tidak bersetuju dengan sikap Guan Eng menyatakan beliau seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.

Parti gabungan Pakatan Rakyat menolak sebarang kemungkinan Guan Eng tidak mentadbir negeri itu dengan baik.

"Parti Keadilan menaruh kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dari segi kerja dan usahanya untuk mengurus pentadbiran di Pulau Pinang".

Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Pakatan Rakyat teguh dengan pendirian, menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada KMPP selain melakukan pemantauan berterusan terhadap pemerintahan negeri itu.

"Keadilan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi sokongan terhadap usaha yang beliau lakukan dan kita sentiasa memantau keupayaan diri," katanya.

Tambah Tan Sri Khalid, dalam mesyuarat PKR semalam, Parti Keadilan telah sebulat suara akan membawa Zahrain mengadap Jawatankuasa Tatatertib Parti Keadilan tidak lama lagi bagi menyelesaikan kemelut ini.

"Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Keadilan di Pulau Pinang, perlu kita kaji. Majlis pimpinan telah memberikan keputusan supaya perkara ini dibawa kepada jawatankuasa tatatertib Parti Keadilan".

Zahrain dalam kenyataannya lalu menggesa supaya Keadilan mempertimbangkan corak kepimpinan Guan Eng yang yang dianggap mengamalkan sikap politik dominan di negeri itu.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

Wee Phak Yew berkata...

Yes!! Itu big boss Khalid banyak pandai punya orang maa...dia banyak hormat sama brader Guan Eng dan sama DAP.Kalo semua orang ada semangat macam Mr Khalid Ibrahim tentu ini Malaysia aman dan sejahtera.Orang cina suka kerja tak suka cakap tapi orang melayu banyak suka cakap2 maa.Tapi OK,kasi DAP bikin kerja jaga ini Malaysia.Orang melayu pun kena kerja jaga itu Islam macam Nik Aziz.Kita sama2 kerja maa...!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...