Selasa, 9 Februari 2010

Siapa yang mengkianati orang Melayu??


Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

zul gua copy nih... bagus untuk di sebarkan... mohon yo...

Tanpa Nama berkata...

Kejahatan UMNO amat terserlah sekarang. kalau aku jadi zamry aku tak nak jadi MB Perak. kerana aku perlu fikir hamba-hamba allah yang lain. Tahu kah UMNO selain dia patut taat kepada Sultan dia juga patut taat kepada allah. maka dia patut taat kepada hamba-hamba ALLAH. Sultan itu hanya 1(juga hamba Allah) tetapi hamba-hamba Allah ini ramai. HJ jamaluddin insaflah, jangan kau derhaka kepada hamba-hamba ALLAH ini sebagaimana kamu takut menderhaka kepada Sultan. Pembabitan UMNO di Perak bagi mejoriti Rakyat Perak adalah haram kerana jelas PRU 12, PR menewaskan BN. Jadi tolong jangan pertikaikan undian hamba-hamba Allah ini. Yang perlu dipertikaikan ialah 3 hamba ALLAH yg bersekongkol dng UMNO dan juga UMNO itu sendiri yang berpendirian songsang. Mereka adalah pengkhianat yang dilaknati Allah kerana menganaya majoriti rakyat Perak yang mana telah memberi mandat kpd PR. dan harus diingatkan UMNO patut bertanggungjawab. Majoriti rakyat yang tertindas ini adalah Islam dan mereka akan tuntut diakhirat ingat tu wahai Zambry, tanggung jawab itu amat berat wahai Zambry. Sebenar nya Nizarlah yang amat bertuah walaupun dia tewas didunia fana ini didepan mahkamah dunia namun tanggungjawabnya selesai untuk kes ini. aku tidak langsung pertikaikan Mahkamah, Aku ingin bertanya daripada 10 hakim, yang akan ke neraka adalah berapa? jadi kalau 5 pula? Ini adalah sabda nabi bukan!. Pagi tadi di Astro Awani, penganalisis ada mengatakan, kalau dilihat dari sudut perlembagaan Nizar akan menang namun kalau dilihat dari sudut politik masa kini maka Zambry akan menang. Jadi kita boleh nampak siapa yang baik dan siapa yang buruk. Zambry kau akan menunjukkan muka kau yang buruk itu selama kau menjadi MB Perak, tak malu kah kau kepada hamba-hamba Allah yang lain. Mungkin kau akan kata ‘lantak P la apa orang nak kata’ namun jikalau kau tak malu pada hamba-hamba Allah yang lain, jangan sekali-kali kau tidak malu pada Allah. Begitu juga pada melor45 dan HJ Jamaluddin malulah pada Allah kerana kita akan kembali pada nya.Pandang lah dari sudut rakyat jangan pandang dari sudut pemimpin kerana yang menjadikan pemimpin itu pemimpin adalah rakyat. Seorang dari India berkata kepada ku, Pemimpin Malaysia ni seperti orang India kalau dapat kuasa tak nak lepas biar pun orang tak suka. Nakkah kita dikatakan begitu sedangkan kita orang Melayu dari rumpun melayu bukan dari rumpun India. Zul jangan marah ya kerana kau betul-betul OK...

wifi sangklibot berkata...

aku kopi teh..lepas tu nak print edar kat orang ramai ngan species alien yang tinggal kat planet lain supaya depa jangan mai malaysia....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...